Malaysia ketandusan bakat akauntan akibat tekanan, 36% pilih tukar kerja 12 bulan akan datang – ACCA | DagangNews Skip to main content

Malaysia ketandusan bakat akauntan akibat tekanan, 36% pilih tukar kerja 12 bulan akan datang – ACCA

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 27 Mac - Sejumlah 36% profesional kewangan mahu beralih kepada peranan lain dalam tempoh 12 bulan akan datang manakala 29% lagi dalam tempoh dua tahun akan datang, menurut Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) berdasarkan dapatan Kaji Selidik Trend Bakat Global 2023 yang dijalankannya.

 

Malaysia berhadapan dengan ketandusan bakat akauntan di Malaysia berikutan lima kebimbangan terbesar kakitangan kewangan tempatan iaitu inflasi yang mengurangkan gaji sebenar mereka, kesejahteraan atau kesihatan mental, kekurangan peluang pembangunan kerjaya, tidak miliki kemahiran berkaitan untuk masa hadapan dan risiko kemerosotan ekonomi global terhadap peluang pekerjaan

 

Menurut kajian tersebut kelesuan pekerja perlu ditangani memandangkan tahap tekanan adalah tinggi, di mana 88% responden mahukan keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik dan 71% mahukan lebih banyak bantuan daripada organisasi untuk menguruskan kesihatan mental mereka.

 

Di samping itu, 58% responden menyatakan bahawa mereka kembali bekerja di pejabat sepenuh masa walaupun kerja secara hibrid masih dilaksanakan namun 87% ingin bekerja dari jauh sekurang-kurangnya satu hari pada masa akan datang.

 

Sementara itu, langkah keterangkuman mencatat mencatat markah baik dengan 63% merasakan budaya organisasi mereka adalah terangkum, tidak jauh berbeza berbanding purata global sebanyak 68%.

 

Kaji selidik ACCA menunjukkan bahawa kerjaya di dalam bidang akauntan kekal suatu pilihan bijak bagi mereka yang mencari prospek pekerjaan jangka panjang dan kemungkinan untuk berterusan meraih kemahiran baharu.

 

Ketua Kemahiran, Sektor dan Teknologi ACCA, Jamie Lyon berkata majikan berdepan dengan kemungkinan ketandusan bakat, mengguna pakai dan bereksperimen dengan kaedah baharu bekerja dalam kalangan seluruh tenaga kerja.

 

“Pembangunan kerjaya dan remunisasi adalah dua faktor tarikan paling utama kepada sesebuah organisasi, namun mereka juga dua bidang yang paling berpengaruh ke atas keputusan kakitangan untuk berhenti kerja,” katanya.

 

 

andrew lim
Andrew Lim

 

 

Ketua Portfolio, ACCA Maritim Asia Tenggara, Andrew Lim  menambah,  menarik minat generasi bakat seterusnya kepada kerjaya akauntan Madalah penting untuk ekonomi yang sihat.

 

“Kaji selidik ini memastikan suara mereka yang sedang belajar dan bekerja di dalam kerjaya ini didengari dan memberi jaminan bahawa kerjaya ini membantu mewujudkan persekitaran kerja, di mana profesional hari ini maju dan bakat hari esok mahu sandang,” jelasnya.

 

Kaji selidik ini melibatkan lebih 8,400 akauntan profesional dari 148 negara, termasuk Malaysia bagi mengetengahkan ketandusan bakat akauntan di Malaysia. -DagangNews.com