Majlis Perbandaran Taiping arah semua lokasi berisiko tinggi termasuk Bukit Larut dan Burmese Pool ditutup selama seminggu | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Majlis Perbandaran Taiping arah semua lokasi berisiko tinggi termasuk Bukit Larut dan Burmese Pool ditutup selama seminggu

Kawasan perkelahan Burmese Pool di Taiping turut ditutup demi keselamatan kepada pengunjung
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Dis - Semua aktiviti di kawasan berisiko tinggi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Taiping diarahkan tutup serta-merta selama 7 hari mulai 17 Disember 2022.

 

Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir dalam satu kenyataan berkata, penutupan di kawasan berisiko tinggi itu, termasuk kawasan cerun, pantai, kepala air dan berisiko banjir.

 

Dalam pada itu katanya, Pusat Peranginan Bukit Larut dan kawasan perkelahan Burmese Pool turut ditutup demi keselamatan kepada pengunjung.


 

Pusat Peranginan Bukit Larut

 


Beliau berkata, penutupan kedua-dua pusat pelancongan tersebut selama seminggu sebagai langkah mengelak kejadian tidak diingini.

 

Menurut Khairul Amir, orang ramai perlu mengambil iktibar dengan tragedi meragut nyawa di tapak perkhemahan di Batang Kali.

 

Jelasnya, notis penutupan berkenaan dipasang di kedua-dua tempat itu bagi mengelak orang ramai mendekati kawasan tersebut.


 

burmese pool

 

 

“Kita faham orang ramai suka tempat-tempat seperti itu dan mereka boleh gunakan kawasan rekreasi di Taman Tasik Taiping," katanya. - DagangNews.com