KUALA LUMPUR 5 April - Bursa Malaysia telah mengklasifikasikan semula sektor dan subsektor Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) kepada pembinaan.
Perubahan itu akan berkuat kuasa pada 9 pagi pada 10 April 2023.
Pengendali bursa saham itu dalam satu kenyataan memberitahu, nombor saham dan nama ringkas saham syarikat tersebut kekal tidak berubah.
Lim Seong Hai sebelum ini diklasifikasikan dalam sektor produk dan perkhidmatan perindustrian dan subsektornya ialah industri pelbagai.
Bursa berkata, kemas kini itu disebabkan oleh kriteria yang mengambil kira antara lain perubahan dalam aktiviti perniagaan untuk syarikat dan sumbangan aktiviti perniagaan teras kepada keputusan kewangannya.
"Kemas kini dalam klasifikasi sektor akan memastikan semua pelabur dan peserta industri sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terkini syarikat tersenarai awam dalam pelbagai sektor Pasaran Utama Bursa Securities, Pasaran ACE dan Pasaran LEAP," kata Bursa. - DagangNews.com








