LMS Batch 2 TLDM lebih besar, miliki keupayaan tempur bagi menghadapi ancaman di Laut China Selatan | DagangNews Skip to main content

LMS Batch 2 TLDM lebih besar, miliki keupayaan tempur bagi menghadapi ancaman di Laut China Selatan

Korvet kelas Ada buatan Turkiye antara calon sesuai bagi kapal LMS Batch 2 TLDM.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 28 Feb - Pembelian kapal Misi pesisir (LMS) Batch 2 perlu untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperkasakan pertahanan maritim khususnya dalam menghadapi ancaman di Laut China Selatan.

 

Atas sebab itu, reka bentuk kapal LMS Batch 2 ini lebih besar berbanding LMS batch terdahulu agar sesuai beroperasi di laut terbuka.

 

Empat LMS sedia ada hanya mampu berperanan sebagai kapal peronda sahaja dan tiada berkeupayaan tempur.

 

Keempat-empat kapal ini diterima secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2020 sehingga 2022.

 

 

Kapal
Korvet kelas Ada bersaiz besar untuk beroperasi lebih lama di perairan terbuka.

 

Kapal sepanjang 68 meter ini dilengkapi dengan meriam utama 30mm CS/AN3 dan mampu untuk beroperasi selama 15 hari.

 

Kapal kelas Keris merupakan sebahagian daripada pelaksanaan rancangan strategik TLDM, 15-to-5 yang menggariskan penyusunan semula kelas-kelas aset angkatan laut negara. 

 

Kesemua kapal yang dibina syarikat China Shipbuilding Industry Corpor iniation (CSIC) kini menjadi sebahagian daripada kekuatan Markas Pemerintahan Armada Timur di Sabah

 

Menerusi perancangan ini, TLDM menggariskan keperluan 18 buah LMS.

 

Kapal
LMS kelas Keris mempunyai keupayaan untuk melaksanakan rondaan tanpa keupayaan tempur.

 

Kapal

 

Saiz kapal LMS Batch 2 ini pula lebih besar dan berat supaya ia lebih stabil ketika berada di lautan, selain boleh beroperasi lebih jauh.

 

Justeru, pembelian kapal-kapal LMS Batch 2 adalah kritikal dan penting untuk TLDM menghadapi ancaman terhadap kepentingan strategik maritim negara terutamanya di Sabah dan Sarawak.

 

Sejak beberapa tahun lalu berlaku peningkatan ketara kehadiran kapal peronda asing berikutan insiden eksplorasi di perairan Sarawak.

 

Perlu diakui bahawa aset-aset sedia ada TLDM yang ditugaskan di wilayah perairan sebelah sana tidak seimbang.

 

TLDM ketika ini mempunyai dua wilayah maritim iaitu Armada Barat di Semenanjung Malaysia dan Armada Timur bagi Sabah dan Sarawak.

 

Kapal
Kehadiran kapal tempur seperti LMS Batch 2 di perairan Laut China Selatan dapat meningkatkan kedaulatan maritim negara.

 

Berbanding Armada Barat, kekuatan Armada Timur tempang kerana tidak mempunyai aset kombatan iaitu kapal perang untuk bertempur.

 

Aset-aset yang ada di sana hanyalah kapal peronda, kapal sokongan logistik, kapal selam dan helikopter. 

 

Walaupun Armada Timur mempunyai aset kapal selam tetapi ia lebih kepada penggunaan strategik iaitu tidak sama sepertimana rondaan kapal-kapal perang permukaan.

 

Apa yang diperlukan ialah kapal perang seperti frigat atau korvet yang dilengkapi dengan sistem persenjataan tiga hingga empat dimensi.

 

Kapal

 

Kapal
Kapal LMS Batch 2 TLDM dipercayai bakal dilengkapi dengan peluru berpandu antikapal NSM.

 

LMS Batch 2 yang berasaskan rekaan kapal korvet mampu memikul tanggungjawab ini.

 

Kapal kelas ADA dan juga C92 menjadi antara calon-calon yang disebut untuk memenuhi keperluan TLDM.

 

Daripada segi persenjataan pula, korvet Ada dilengkapi dengan meriam Oto Melara 76mm Super Rapid, dua Remote Control Weapon System (RCWS) 12.7mm dan lapan pelancar peluru berpandu antikapal Harpoon atau Atmaca yang dibangunkan oleh Turki sendiri.

 

Korvet ini dipacu oleh sistem Combined Diesel and Gas (CODAG) terdiri daripada satu gas turbin dan dua gas diesel bagi membolehkan kapal mencapai kelajuan maksimum 30 knot dan beroperasi pada radius 3,500 batu nautika dalam kelajuan 15 knot.

 

Dengan panjang keseluruhan kapal 99.56 meter, korvet kelas Ada memiliki berat 2,400 tan dengan kekuatan 93 kru.

 

Kapal

 

TLDM merancang untuk mendapatkan lapan buah LMS Batch 2 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM6 bilion menerusi dua fasa pembinaan iaitu tiga dan lima buah kapal.

 

Perolehan tiga kapal pertama ini dijangka memerlukan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion.

 

Bagaimana pun, kos ini dijangka meningkat sedikit memandangkan nilai semasa tukaran matawang asing.

 

Kementerian Pertahanan dijangka akan memuktamadkan calon LMS Batch 2 ini pada suku pertama tahun ini.

 

Fasa seterusnya ialah melaksanakan rundingan teknikal spesifikasi dan klausa kontrak antara TLDM dengan firma terpilih. 

 

Walaupun perolehan LMS Batch 2 berbeza berbanding perancangan asal dalam pelan transformasi 15-to-5 ini mudah dijangka kerana ia juga disebabkan kelewatan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

 

Disebabkan itu TLDM dilihat perlu melakukan penjajaran semula 15-to-5 agar rancangan hala tuju masa hadapan angkatan itu relevan dengan keupayaan semasa. - DagangNews.com