Lazada Malaysia lancar jualan ulang tahun ke-11 sehingga 13 Mac 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lazada Malaysia lancar jualan ulang tahun ke-11 sehingga 13 Mac 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Mac - Para pelanggan di Malaysia boleh lebih berjimat apabila mendapatkan barangan keperluan dan produk idaman sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang bermula 2 hingga 13 Mac 2023.

 

Platform e-dagang itu dalam satu kenyataan berkata, kejutan awal bermula dari 8 malam tadi  dan ia merupakan festival beli-belah selama 11 hari yang paling epik dengan pelbagai tawaran hebat, diskaun, ganjaran, 'shoppertainment' menarik serta penjimatan berganda.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, Mac merupakan bulan yang bermakna dan nostalgik, khususnya apabila mengimbas kembali 2012 semasa Lazada mula mengorak langkah sebagai perintis e-dagang di Malaysia. 

 

Katanya, sempena ulang tahun yang ke-11 ini, pihaknya semakin komited untuk membawakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih relevan, lancar, di samping keceriaan shoppertainment dan paling penting tawaran pada harga berpatutan dan pembelian berbaloi, sekaligus membolehkan orang ramai lebih berjimat. 

 

"Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 kali ini juga merupakan peluang komersil untuk pelbagai jenama terkemuka di LazMall serta para penjual dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Lazada Marketplace untuk memaksimumkan keuntungan dan menggapai jutaan pelanggan di seluruh Malaysia. 

 

"Sama ada para pelanggan membeli produk dari penjual tempatan, mahupun luar negara atau jenama antarabangsa, yang pastinya orang ramai akan pasti jimat apabila mereka membuat tindanan baucar, digandakan dengan diskaun, ganjaran dan baucar penghantaran percuma," katanya.

 

Menurut Lazada, setiap strim langsung LazLive akan memaparkan tawaran pelbagai jenama terkemuka, yang mana penonton juga boleh mengundi untuk mendapatkan penjimatan dan diskaun tambahan, serta peluang untuk memenangi baucar istimewa bernilai lebih daripada RM50,000. 

 

 

lazada

 

 

Katanya, Ketua Pegawai Diskaun Jualan Ulang Tahun, Ain Edruce, bersama Duta Jenama Lazada, Nora Danish dan Nabila Razali dan tetamu selebriti seperti Dolla dan Tasnim Shah akan memberikan kata kunci tertentu yang boleh dikumpulkan sepanjang enam episod LazLive.

 

"Ia akan disiarkan secara serentak di YouTube, Facebook, TikTok, dan Twitter Lazada Malaysia pada 2 Mac 2023, 7.30 malam hingga 9.30 malam dan pada 3 hingga 7 Mac 2023 dari 9 malam hingga 11 malam," katanya.

 

Sepanjang Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada, para pelanggan boleh membeli baucar digital pada harga diskaun untuk pelbagai pilihan makanan, pakej percutian dan tiket untuk pelbagai tarikan. 

 

Pelanggan boleh berjimat sehingga RM400 untuk tempahan hotel, high-tea, bufet makan malam, sesi spa, pameran dan nikmati diskaun sebanyak 90%.

 

Diskaun tersebut meliputi 20 jenama termasuk Resorts World Genting (RWG), Grand Hyatt Kuala Lumpur, Banyan Tree Kuala Lumpur, Aquaria KLCC, Häagen-Dazs, Starbucks, Baskin Robbins, Tealive, Healthland dan banyak lagi. - DagangNews.com