KUALA LUMPUR 13 Jun - Kelab Lamborghini Owners Malaysia (LOM) berjaya memecahkan rekod sedekad lalu dalam Malaysian Book of Records (MBOR) selepas berjaya menghimpunkan lebih 100 buah kereta Lamborghini menerusi sebuah acara di ibu kota, baru-baru ini.
Sembilan tahun lalu, LOM menempa nama dalam MBOR dengan mengumpulkan 77 kereta dalam di lokasi sama.
Perhimpunan tersebut bukan sahaja disertai ahli LOM tetapi juga pemilik Lamborghini yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada kelab yang sedang berkembang itu.
Presiden LOM, Roslan Rosdi berkata, pencapaian dalam sejarah kelab itu juga menandakan penghormatan mereka kepada jenama lagenda, Lamborghini.
"Kami turut meraikan kecantikan dan prestasi, disemai semangat yang tidak putus-putus. Pencapaian kami yang memecah rekod tidak akan berjaya tanpa semangat kemasyarakatan yang dipamerkan ahli kami yang hadir," katanya dalam satu kenyataaan.
Berlangsung di tempat letak kereta di hadapan Mandarin Oriental di tengah pusat bandar, penonton dihidangkan dengan jamuan visual dan pendengaran.
Terserlah model-model Lamborghini vintaj dan jarang ditemui seperti Gallardo Malaysia Edisi Terhad (yang mana hanya 20 pernah dihasilkan), Murcielago dan Lamborghini Huracan Spyder, Aventador SVJ dan SUV Urus.

Sorakan meriah daripada kedua-dua ahli LOM dan orang ramai mengiringi detik apabila pegawai dari Malaysian Book of Records menyerahkan sijil yang mengesahkan penetapan rekod baharu.
Konvoi kira-kira 112 Lamborghini telah dilepaskan kira-kira pukul 1.00 tengah hari, berlepas dari bandar ke Bukit Tinggi yang mana tetamu dijangka menikmati Bulls Ball yang glamor dan penginapan satu malam di pemandangan indah itu.
Pengerusi Penganjur LOM, Datuk Rakesh Sachdev berkata, sebagai mengiktiraf peristiwa bersejarah itu, satu majlis makan malam gala yang digelar Bulls Ball akan diadakan sebagai penghormatan kepada ahli LOM.
“Kami mendapat sambutan yang memberangsangkan dan memandangkan ini adalah peluang yang jarang berlaku untuk kami semua untuk berkumpul, kami akan meraikan ahli yang membuat hari ini berlaku dalam semangat dan gaya sebenar Lamborghini,” katanya. - DagangNews.com








