Koon Poh Tat kini pemegang saham besar dalam APB Resources dengan 5.73% ekuiti | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Koon Poh Tat kini pemegang saham besar dalam APB Resources dengan 5.73% ekuiti

KUALA LUMPUR 15 Jun - APB Resources Bhd mengumumkan Datuk Koon Poh Tat telah muncul sebagai pemegang saham besar dalam kumpulan itu dengan pegangan langsung 5.73% berikutan pengambilalihan 6.35 juta saham.

 

Syarikat fabrikasi peralatan kejuruteraan reka bentuk berkata saham tersebut diperoleh pada 13 Jun 2023, daripada pasaran terbuka.

 

Koon ialah pengasas bersama dan pengarah eksekutif Press Metal Aluminium Holdings Bhd. Beliau juga merupakan pengarah eksekutif PMB Technology Bhd, menurut APM dalam satu kenyataan.

Datuk Koon Poh Tat
                   Datuk Koon Poh Tat

 


Pada masa sama, kumpulan itu turut melantik Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar sebagai pengerusi, Liaw Wei Gian sebagai pengarah eksekutif dan Marcus Chin Choon Wei sebagai pengarah eksekutif.

 

Abdul Rahim bersara daripada Polis Diraja Malaysia pada 2021 sebagai pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Beliau adalah anggota Suruhanjaya Pasukan Polis dan pengerusi Artroniq Bhd.


 

Marcus Chin Choon Wei
              Marcus Chin Choon Wei

 


Sementara itu, Liaw ialah pengarah eksekutif dan ketua pegawai eksekutif Artoniq dan Chin ialah ketua pegawai kewangan Artoniq.

 

Harga saham APB ditutup pada 2.92sen hari ini, meningkat 29.78 peratus berbanding 2.25sen semalam. - DagangNews.com