Kongres Pengajar Bahasa Perancis 2023 anjuran UPM fokus pengajaran bahasa guna teknologi AI | DagangNews Skip to main content

Kongres Pengajar Bahasa Perancis 2023 anjuran UPM fokus pengajaran bahasa guna teknologi AI

Seramai 100 peserta Malaysia terdiri daripada pengajar bahasa Perancis menyertai Kongres Pengajar Bahasa Perancis di Malaysia 2023 anjuran FBMK UPM, baru-baru ini. - Gambar Facebook Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kedutaan Perancis dan Persatuan Pengajar Perancis di Malaysia menganjurkan Kongres Pengajar Bahasa Perancis di Malaysia 2023, baru-baru ini.

 

Seramai 100 peserta Malaysia terdiri daripada pengajar bahasa Perancis daripada sekolah menengah, sekolah antarabangsa, universiti dan institusi lain yang menawarkan pembelajaran bahasa Perancis menyertai kongres itu. 

 

Selain itu, program tersebut turut disertai pengajar bahasa Perancis dari Indonesia dan Kemboja.

 

Ketua program, Prof Madya Dr Hazlina Abdul Halim berkata, objektif utama program ini ialah untuk menyediakan platform bagi ahli akademia bahasa Perancis untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang aspek perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Perancis. 

 

Katanya, kongres ini juga bertujuan mewujudkan jaringan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa antara semua delegasi yang hadir. 

 

"Kongres Pengajar Bahasa Perancis pada tahun ini memberi fokus kepada pengajaran bahasa Perancis menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). 

 

"Untuk tujuan ini, beberapa siri bengkel telah diadakan jurulatih dari Perancis, Laurent Bernard dari Atelier Canopé of Nantes dan Jeanne Renaudin dari CLE International," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

 

upm

 

 

upm

 

 

upm

 

 

Tambah Hazlina, program yang mendapat tajaan dari pihak Kedutaan Perancis di Malaysia, CLE International dan Atélier Canopé de Nantes diharapkan akan memberi impak seperti menambah nilai pengetahuan kepada para pengajar bahasa Perancis tentang bidang didaktik bahasa dan budaya Perancis.

 

Katanya ia juga dapat memberi peluang kepada semua peserta untuk memperoleh idea baru dan membuka peluang untuk peserta bertukar-tukar pengalaman dengan peserta dalam serta luar negara untuk meningkatkan kualiti dan memperkayakan pengalaman pengajaran. 

 

 

upm

 

 

upm

 

 

upm

 

 

"Ini akan memberikan kesan positif kepada pencapaian akademik pelajar dan memperkuat reputasi institusi terlibat dalam penyampaian pendidikan berkualiti," katanya. - DagangNews.com