Kepentingan Yuwang Plantation di dalam Nextgreen Global kini meningkat kepada 7.5 peratus | DagangNews Skip to main content

Kepentingan Yuwang Plantation di dalam Nextgreen Global kini meningkat kepada 7.5 peratus

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 13 Sept – Nextgreen Global Berhad mengumumkan Tan Sri See Hong Cheen telah memperoleh 22.7 juta saham NGGB, hasil daripada pelaksanaan penempatan persendirian. 22.7 juta saham ini kemudiannya disenaraikan di Bursa Malaysia hari ini.

 

Ditambah dengan 5.5% kepentingan yang diperoleh oleh Yuwang Plantation Sdn Bhd pada Julai 2024, gabungan kepentingan Tan Sri See dan Kumpulan Yuwang dalam NGGB kini berjumlah 7.5%.

 

Kemunculan Yuwang bermula pada 10 Julai lalu apabila syarikat itu muncul sebagai pemegang saham yang besar NGGB dengan pemerolehan 55.0 juta saham, bersamaan dengan 5.4 peratus kepentingan.

 

Nextgreen merupakan pemaju taman teknologi hijau itu juga dalam bidang pembuatan, percetakan dan penerbitan.

 

Nextgreen juga menjalankan taman perindustrian bersepadu untuk industri pulpa dan kertas huluan dan hiliran.

 

 

wasiyyah

 

 

Taman teknologi hijau itu bertujuan untuk mengeluarkan produk pulpa dan kertas bukan kayu daripada biojisim kelapa sawit dengan menyepadukan penemuan teknologi pertama di dunia dalam pengeluaran pulpa dan kertas dengan sisa sifar dan teknologi tenaga boleh diperbaharui.

 

Ditubuhkan pada 2002, Yuwang Plantation, anak syarikat Yuwang Group, mengkhusus dalam penanaman ladang kelapa sawit dan pemprosesan tandan buah segar menjadi minyak sawit mentah dan isirung sawit.

 

Ia menguruskan kira-kira 65,000 ekar ladang kelapa sawit, dan 20,000 ekar ladang getah dan mengendalikan 8 kilang kelapa sawit. - DagangNews.com