Kabinet arah teliti semula RUU Anti Lompat Parti | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kabinet arah teliti semula RUU Anti Lompat Parti

Gambar - Portal Parlimen Malaysia
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Jun - Cadangan pindaan Perlembagaan berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri semalam, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

 

Beliau berkata, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun telah memberi penjelasan berkaitan pindaaan perlembagaan itu dan Jemaah Menteri tiada bantahan terhadap draf yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

 

"Bagaimanapun, Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas. 

 

"Saya menekankan bahawa mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia masih dalam perbincangan diperingkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

wanjunaidi
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

 

 

Dr Wan Junaidi menegaskan, persoalan yang dibangkitkan Jemaah Menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun 2022 untuk diteliti, seterusnya memuktamadkan RUU tersebut. - DagangNews.com