IPO Keyfield International terlebih langganan 9.68 kali | DagangNews Skip to main content

IPO Keyfield International terlebih langganan 9.68 kali

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 5 April - Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Keyfield International Bhd yang dijadualkan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 22 April 2024, terlebih langganan sebanyak 9.68 kali.

 

Menurut kenyataan ejen penempatan, Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd, sebanyak 9,339 permohonon untuk 427,703,800 saham terbitan dengan nilai RM384,933,420.00 diterima daripada orang ramai Malaysia.

 

Selain itu, sebanyak 24,000,000 saham terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan orang lain yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan juga telah dilanggan.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Keyfield International dijangka jana RM188.06 juta daripada penyenaraian IPO Pasaran Utama Bursa Malaysia

 

ARTIKEL BERKAITAN: PublicInvest tetapkan nilai saksama saham Keyfield RM1.19 lebih tinggi berbanding harga IPO

 

keyf

 

Sejumlah 71,765,100 saham terbitan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

 

Turut terdapat 73,194,900 saham terbitan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian yang semuanya telah dilanggan.

 

Firma perkhidmatan minyak dan gas (O&G) itu dianggar menjana hasil sebanyak RM188.06 juta menerusi IPO.

 

Lebih daripada satu pertiga daripada hasil daripada IPO diperuntukkan untuk penyelesaian pertimbangan pembelian baki untuk 500 penumpang kapal Blooming Wisdom dan satu pertiga lagi akan digunakan untuk menebus saham keutamaan tidak boleh tukar terkumpul boleh tebus dalam Keyfield. - DagangNews.com