InNature tersenarai dalam indeks Bursa FTSE4Good dan FTSE4Good Syariah | DagangNews Skip to main content

InNature tersenarai dalam indeks Bursa FTSE4Good dan FTSE4Good Syariah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Jun - Peruncit produk kosmetik dan penjagaan diri InNature Berhad telah disenaraikan dalam indeks konstituen FTSE4Good Bursa Malaysia (F4BM) dan FTSE4Good Bursa Malaysia Syariah (F4BMS).

 

Indeks F4BM digunakan untuk menilai prestasi syarikat senaraian awam (PLC) yang mengamalkan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) yang kukuh selaras dengan penanda aras antarabangsa.

 

Sementara itu, Indeks F4BMS adalah memastikan konstituen F4BM patuh Syariah mengikut metodologi saringan Majlis Penasihat Syariah.

 

Kedua-dua indeks disemak setiap dua kali setahun pada bulan Jun dan Disember.

 

Pengarah Urusan kumpulan, Datin Mina Cheah Foong berkata, pensijilan itu merupakan perakuan penting kepada orang ramai baahwa InNature mementingkan ESG sejak penubuhannya.

 

"Sejak empat dekad lalu, kami giat menjalankan pelbagai kempen untuk menghasilkan perubahan alam sekitar dan sosial, bermula daripada pemuliharaan alam sekitar serta perubahan iklim, kesaksamaan jantina dan keadilan sosial untuk semua.

 

"InNature percaya bahawa sebagai warga korporat, kami berada dalam kedudukan terbaik untuk melakukan perubahan.,

 

"Kami berharap syarikat senaraian awam lain digalakkan untuk menyertai Indeks F4BM kerana Malaysia memerlukan lebih banyak perniagaan yang mampan," katanya. - DagangNews.com