Inflasi: Jualan produk sejuk beku diramal naik susulan pengguna pilih makan di rumah - PublicInvest | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Inflasi: Jualan produk sejuk beku diramal naik susulan pengguna pilih makan di rumah - PublicInvest

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 17 Mei - Public Investment Bank menjangkakan permintaan produk makanan sejuk beku akan kekal berdaya tahan kerana pengguna memilih untuk makan di rumah disebabkan tekanan inflasi yang tinggi. 

 

Kata firma penyelidikan itu, senario tersbut bakal mendorong kepada pengukuhan pendapatan Kawan Food Berhad yang diunjur meningkat sebanyak 19% pada tahun kewangan 2024 (FY24).

 

Selain itu, katanya, pemulihan permintaan pasaran eksport dan pelancaran produk baharu seperti roti boom juga akan membantu meningkatkan pendapatan arikat pengeluar makanan ejuk beku itu.

 

"Di samping itu, langkah kawalan kos yang lebih baik dan dolar AS yang lebih kukuh seharusnya membawa kepada pengembangan dalam margin keuntungan untuk Kawan.

 

"Kami juga difahamkan bahawa produk roti canai yang dilancarkan baru-baru ini telah mendapat daya tarikan, hasil daripada aktiviti pemasaran dan pengiklanan kumpulan yang kukuh," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Inflasi: Harga makanan luar rumah naik 6.7% pada 2023 - DOSM

 

Jelas PublicInvest, eksport Kawan Berhad ke Amerika Utara melonjak ebanyak 54% tahun ke tahun setelah normalisasi dalam pasaran dan kadar pertukaran sing yang menggalakkan.

 

Walau bagaimanapun kata firma penyelidikan itu, ini sebahagiannya dinafikan oleh permintaan yang lebih lemah dalam pasaran Eropahnya (-36.0% YoY).

 

"Hasil 1QFY24 Kawan meningkat sebanyak 9.4% YoY kepada RM80.6 juta, terutamanya disebabkan oleh jualan yang lebih kukuh daripada pasaran tempatan dan eksportnya, terutamanya pasaran Amerika Utara. 

 

KAWAN
Tekanan inflasi dorong pengguna makan di rumah dengan makanan sejuk beku antara pilihan. - Kawan Food.

 

"Kawan menyaksikan jualannya di pasaran Malaysia meningkat sebanyak 15.6% YoY kepada RM40.2 juta, yang kami percaya didorong oleh perbelanjaan perayaan," jelasnya.

 

Keuntungan bersih teras 1QFY24 Kawan Food pula meningkat 23.4% YoY kepada RM9.4 juta, terutamanya didorong jualan tempatan dan permintaan daripada pasaran eksport. 

 

Firma penyelidikan itu terus menyukai Kawan atas permintaan yang semakin meningkat untuk makanan sejuk beku dari pasaran tempatan dan eksport, pelancaran produk baharu selain disokong oleh kadar forex yang menggalakkan. 

 

"Kami mengekalkan panggilan Outperform kami, dengan TP yang lebih tinggi sebanyak RM2.40, sambil kami melancarkan tahun asas penilaian kami kepada 20x FY25F EPS," ujarnya.- DagangNews.com