IJM raih kontrak RM1.1 bilion bagi pembinaan Pakej 2A, 2B Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen RTS-Link | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

IJM raih kontrak RM1.1 bilion bagi pembinaan Pakej 2A, 2B Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen RTS-Link

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Okt - IJM Corporation Berhad menerusi IJM Construction Sdn. Bhd. meraih kontrak bernilai RM1.1 bilion daripada Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd bagi sebahagian projek Sistem Transit Rapid Singapura-Johor Bahru (RTS Link).

 

Kontrak itu adalah bagi cadangan reka bentuk, pembinaan dan penyiapan Pakej 2A Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen (ICQC) dan Pakej 2B kerja luar ICQC untuk RTS-Link.

 

"Jumlah kontrak untuk projek itu adalah RM1.1 bilion dan RM155 juta daripadanya adalah merangkumi cukai jualan dan perkhidmatan semasa bagi projek yang dijangka siap pada 30 Disember 2026," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Projek RTS Link tertakluk kepada risiko pembinaan biasa turun naik harga bahan dan dengan pengalaman lepas dan kepakaran IJMC dalam projek pembinaan, risiko ini boleh dikurangkan.

 

Projek RTS Link tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar di IJM.

 

"Bagaimanapun, tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, Projek Pautan RTS dijangka menyumbang kepada pendapatan masa hadapan kumpulan," katanya. - DagangNews.com