Icon Offshore raih dua kontrak kapal perkhidmatan luar pesisir daripada Hibiscus | DagangNews Skip to main content

Icon Offshore raih dua kontrak kapal perkhidmatan luar pesisir daripada Hibiscus

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Mac - Icon Offshore Berhad menerusi anak syarikatnya, Icon Offshore Group Sdn. Bhd. memperoleh dua kontrak kapal perkhidmatan luar pesisir (OSV) daripada Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited.

 

Kontrak tersebut melibatkan penyediaan kapal pembekal platform dengan anak kapal dan peralatan untuk perkhidmatan sokongan selama dua puluh empat jam kepada skop pembinaan luar pesisir dan perkhidmatan perigi bersepadu.

 

Kumpulan itu menerima kontrak pertama pada 18 Januari diikuti dengan kontrak kedua pada 17 Februari 2023.

 

Kedua-dua kontrak itu bermula pada 1 Mac 2023 dan akan menggunakan kira-kira 422 hari kapal gabungan secara keseluruhan.

 

Pengarah Urusan Icon Offshore, Datuk Seri Hadian Hashim berkata, kontrak itu adalah bukti komitmen kumpulan terhadap kecemerlangan operasi, kecekapan dan keupayaan untuk memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan.

 

Beliau berkata, kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju OSV.

 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hibiscus kerana mempercayai kebolehan dan sumber kami serta mengiktiraf sokongan nilai tambah yang kami sampaikan.

 

"Kami tidak sabar untuk melaksanakan kontrak ini dan semua kontrak lain dalam tempahan kontrak yang kini melebihi RM600 juta," katanya. - DagangNews.com