HSS Engineers raih 2 kontrak daripada MAHB bernilai RM18.75 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

HSS Engineers raih 2 kontrak daripada MAHB bernilai RM18.75 juta

KUALA LUMPUR 31 Mei - HSS Engineers Bhd (HEB) memperoleh 2 kontrak perundingan pemeriksaan bebas (ICC) daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) dengan nilai keseluruhan RM18.75 juta.

 

Ia menerima surat tawaran menerusi unitnya, HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI) daripada Malaysia Airports Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh MAHB, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Kontrak pertama membabitkan kerja ICC untuk reka bentuk dan pakej binaan cadangan binaan dan pajakan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) di Subang Aerotech Park.

 

Sementara itu, kontrak kedua pula, bagi ICC untuk reka bentuk dan binaan pakej cadangan pembangunan hangar MRO dan bangunan industri.

 

"Kontrak-kontrak berkenaan adalah selama 5 tahun bermula 22 November 2022," katanya.

 

HEB menjangkakan kontrak tersebut akan menyumbang secara positif kepada hasil, keuntungan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 hingga 31 Disember 2026.

 

"Bagaimanapun, perolehan ini tidak memberi kesan kepada modal saham dan atau struktur pemegangan saham HEB," jelasnya. - DagangNews.com