HSS Engineers dilantik sebagai perunding kejuruteraan projek rawatan air di Kedah | DagangNews Skip to main content

HSS Engineers dilantik sebagai perunding kejuruteraan projek rawatan air di Kedah

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 14 Sept - HSS Engineers Bhd. dilantik sebagai perunding kejuruteraan bagi projek naik taraf loji rawatan air Lubuk Buntar Lama, Bandar Baharu, Kedah. 

 

Kumpulan menerima surat setuju terima daripada Pejabat Kewangan Negeri Kedah menerusi syarikat bersekutunya, HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI).

 

Kontrak bernilai RM5.21 juta itu bagi menyediakan perkhidmatan rundingan dan penyeliaan kejuruteraan bagi projek tersebut.

 

"Perkhidmatan ini membabitkan tempoh selama 46 bulan bermula 2 Mac 2021," menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Perolehan ini dijangka tidak memberi kesan kepada modal saham atau struktur pemegangan saham HSS Engineers. 

 

Sebaliknya, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan, hasil dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

 

"Kontrak ini dijangka dibiayai dengan dana dalaman atau melalui pembiayaan luar," katanya. - DagangNews.com