KUALA LUMPUR 5 Dis - Lebih 500 pengunjung terdiri daripada pembeli DK Impian menghadiri program Hari Penghargaan Pembeli bertemakan ‘Football Fever Fiesta’ anjuran DK-MY Properties Sdn Bhd sempena Piala Dunia FIFA 2022 di Shah Alam, baru-baru ini.
Selaras dengan misi mereka untuk mengutamakan pelanggan, DK-MY Properties mengambil peluang ini untuk mendekati para pelanggan sambil menggalakkan para penduduk untuk memupuk hubungan positif dan semangat kemasyarakatan.
Pengarah Urusan DK-MY Properties, Danny Koek berkata, pihaknya memahami kepentingan komunikasi yang baik antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan, serta sesama penduduk demi mewujudan nilai perpaduan.
"Oleh sebab itu, kami percaya bahawa pembinaan komuniti yang harmoni memerlukan kerjasama kedua-dua pihak, iaitu antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, dalam acara itu, turut diadakan aktiviti menarik seperti kejohanan mini FIFA, tekaan pemenang Piala Dunia 2022, ujian reaksi, dan radar pelampung.
DK Impian menawarkan kehidupan mampu milik tanpa menjejaskan penyediaan kemudahan yang dilengkapi dengan ciri Internet Pelbagai Benda (IoT) seperti pencahayaan pintar.
Perkhidmatan penambahan nilai ini menampilkan SAMA+, perkhidmatan concierge gaya hidup eksklusif di bawah DK-MY Properties yang menumpukan pada 3C: penyambungan, komuniti dan kemudahan serta ditawarkan sebagai perkhidmatan tambahan.


Dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM285 juta, projek pegangan pajak seluas 2.4 ekar ini menawarkan sejumlah 658 unit soho yang disertakan bersama lebih 30 kemudahan yang kini dalam pembangunan termasuk jakuzi, kolam renang, dek langit, dan taman buaian untuk dinikmati penduduknya.
Terletak di Seksyen U5, Shah Alam, pembangunan urban ini terletak secara strategik berhampiran lebuh raya utama dan ia mudah diakses melalui Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Guthrie (GCE) dengan kemudahan stesen MRT dan KTM berhampiran. - DagangNews.com








