Haleon tumpu kesihatan pengguna, selepas selesai pengasingan dengan GSK | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Haleon tumpu kesihatan pengguna, selepas selesai pengasingan dengan GSK

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Julai - Haleon hari ini mengumumkan pelancaran syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat bebas yang menumpukan 100% terhadap kesihatan pengguna, menyelesaikan pengasingannya daripada GSK. 

 

Perniagaan yang baru disenaraikan itu dipacu dengan tujuan untuk memberikan kesihatan harian yang lebih baik dengan pendekatan kemanusiaan. 

 

Dagangan dimulakan pada hari Isnin di Bursa Saham London (London Stock Exchange - LSE), diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Haleon, Brian McNamara yang merasmikan pembukaan untuk menandakan permulaan dagangan. 

 

Dagangan di Bursa Saham New York (New York Stock Exchange - NYSE) turut diikuti dan acara pembukaan pasaran yang serupa akan berlangsung pada Rabu, 20 Julai 2022.

 

Haleon mempunyai portfolio jenama bertaraf dunia termasuk Pandol, Sensodyne dan Scott’s, akan terus membangunkan jenama terkemuka bagi kategori memenuhi keperluan kesihatan sebenar pengguna, sambil memfokuskan kepada inovasi masa hadapan merentas keseluruhan portfolionya.

 

Brian berkata, ia adalah satu peristiwa yang penting untuk Haleon. 

 

"Berpandukan matlamat syarikat jelas dengan portfolio jenama bertaraf dunia yang diketahui dan dipercayai orang ramai, kami bersedia untuk membantu memenuhi keperluan pengguna dan menjadikan kesihatan harian boleh dicapai, inklusif serta mampan.

 

“Kesihatan pengguna sememangnya menjadi satu kepentingan pada hari ini, dan saya gembira kerana Haleon sebagai sebuah syarikat bebas, bersedia untuk mengejar cita-cita kami. Pencapaian hari ini berikutan usaha, perancangan dan kerjasama rakan sekerja kami yang berdedikasi di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Pengurus Besar Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB) Haleon, Bryan Wong pula berkata, sebagai peneraju kategori merentasi kelegaan kesakitan, penjagaan oral dan kesihatan di Malaysia, mereka akan terus mempromosikan kepentingan penjagaan diri dan mengekalkan portfolio jenama bertaraf dunia yang disayangi serta dipercayai. 

 

"Apabila orang ramai semakin sedar tentang pelbagai keadaan kesihatan seperti kekurangan nutrient harian atau masalah mulut dan gusi dan mempunyai usaha yang berterusan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, kami ingin menjadikan kesihatan harian lebih mudah dicapai dan memperkasakan orang ramai untuk menguruskan penjagaan diri mereka sendiri. 

 

"Kami juga amat teruja untuk bekerjasama dengan ahli penjagaan kesihatan professional dan peruncit untuk menjadikan kesihatan harian lebih inklusif dan lebih mampan untuk setiap individu di Malaysia," katanya. - DagangNews.com