Gloria Jean’s Coffees sasar 80 cawangan dalam masa lima tahun | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Gloria Jean’s Coffees sasar 80 cawangan dalam masa lima tahun

Datuk Hazimah Zainuddin mencuba sendiri pembuatan kopi di Gloria Jean’s Coffees

KUALA LUMPUR 22 Mei - Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (WLSB) yang merupakan pemegang francais induk jenama Gloria Jean’s Coffees menyasarkan untuk menambah 80 cawangan baharu dalam tempoh lima tahun.

 

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin berkata bakal usahawan perlu merebut peluang untuk menceburi industri kopi premium seperti Gloria Jean’s Coffees.

 

 

Datuk Hazimah Zainuddin di majlis perasmian Gloria Jean’s Coffees di Conezion IOI Resort City Putrajaya pada 21 Mei 2023
Datuk Hazimah Zainuddin di majlis perasmian Gloria Jean’s Coffees di Conezion IOI Resort City Putrajaya pada 21 Mei 2023

 

 

Gloria Jean’s Coffees menawarkan peluang kerjaya untuk menjadi francaisi, di mana jenama ini merupakan satu-satunya jenama gourmet coffee antarabangsa yang menawarkan sistem francais di Malaysia, menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini dan seterusnya bergelar coffeepreneur. 

 

“Pernas menyediakan khidmat nasihat, pembiayaan dan program latihan bagi membantu bakal usahawan yang berminat untuk meneroka bidang perniagaan Gloria Jean’s Coffees.

 

“Pernas menyediakan skim pinjaman pembiayan sehingga 70%, tertakluk pada terma dan syarat, kepada bakal usahawan baharu,” kata beliau yang telah merasmikan pembukaan cawangan baharu di Conezion IOI Resort City Putrajaya pada 21 Mei 2023.

 

 

 Datuk Hazimah Zainuddin (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Pernas Datuk Abu Bakar As-Sidek Haji Mohd Sidek, dua francaisi Gloria Jean’s Coffees iaitu Haris Imran Roslan (kiri sekali) dan Zakwan Azizam (tiga dari kiri), serta tetamu kehormat yang lain.
Datuk Hazimah Zainuddin (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Pernas Datuk Abu Bakar As-Sidek Haji Mohd Sidek, dua francaisi Gloria Jean’s Coffees iaitu Haris Imran Roslan (kiri sekali) dan Zakwan Azizam (tiga dari kiri), serta tetamu kehormat yang lain.

 

 

Pernas setakat ini telah meluluskan pembiayaan kepada 45 orang usahawan kopi Gloria Jean’s Coffees dengan pembiayaan berjumlah RM13 juta, di mana tiga konsep francais ditawarkan kepada yang berminat untuk menceburi perniagaan ini iaitu konsep lot kedai, kios dan coffee cart.

 

Gloria Jean’s Cofees mempunyai lebih 810 outlet di 43 buah negara yang menawarkan pelbagai minuman espresso, panas dan sejuk, tujuh jenis pilihan teh, lapan jenis minuman coklat termasuklah minuman buah-buahan segar. -DagangNews.com