GLC diingatkan jangan mudah jual aset, pegangan ekuiti - PM Anwar | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

GLC diingatkan jangan mudah jual aset, pegangan ekuiti - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Pulau Pinang, semalam. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

SEBERANG PERAI 2 Okt - Pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diingatkan agar tidak mengambil jalan mudah dengan menjual aset atau pegangan masing-masing lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kepentingan Bumiputera.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurusan syarikat perlu lebih cekap dalam mentadbir demi memastikan kepentingan rakyat terjaga.

 

"Tapi, apapun yang berlaku, saya minta pengurusan (syarikat) sekarang harus ingat bahawa mereka perlu lebih cekap (dalam mentadbir).

 

"Jangan apabila tubuh syarikat, salah urus, salah tadbir kemudian apabila ‘mati’, tubuh lagi syarikat baharu," katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 anjuran syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang berlangsung di Setia Fontaines, Kepala Batas, di sini semalam.

 

Yang hadir sama ialah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

 

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menjadikan PNB sebagai contoh sebuah syarikat yang mempunyai pengurusan yang baik.

 

hkan kekuatan ekonomi bumiputera dan rakyat Malaysia. Permulaannya agak sederhana, namun, sekarang telah menjadi sebuah syarikat yang besar," katanya lagi.

 

Tambah Anwar, kakitangan PNB juga perlu memainkan peranan dalam memperluaskan kempen untuk menyimpan atau menabung ke lebih banyak sekolah pada masa depan. - DagangNews.com