Ford Penampang anjur perhimpunan terbesar untuk pemilik Ranger Borneo | DagangNews Skip to main content

Ford Penampang anjur perhimpunan terbesar untuk pemilik Ranger Borneo

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 Dis - Bagi meraikan hubungan erat dan perkongsian minat yang sama terhadap gaya hidup aktif dan mencabar bersama Ford Ranger, Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 dengan kerjasama Kelab Pemilik Ford Ranger (FROC) Borneo, baru-baru ini.

 

Bertempat di J Borneo Native Village di Penampang, ia merupakan acara terbesar anjuran kelab berkenaan setakat ini, dan berjaya menghimpunkan 107 ahli kelab dengan Ranger kebanggaan mereka yang datang dari pelbagai lokasi di Sabah, Labuan dan Brunei.

 

Keseluruhannya terdapat 320 peserta, terdiri daripada pemilik dan ahli keluarga mereka yang mengikuti acara berkenaan, yang mana bertujuan untuk memperkukuhkan lagi keakraban berkomuniti dalam kalangan mereka yang berkongsi minat yang sama terhadap Ranger.

 

Presiden Kelab Pemilik Ford Ranger Borneo, Julius Sidin berkata, pihaknya sangat menghargai sokongan Ford Penampang dan penajaannya bagi acara ini. 

 

"Kejayaannya tidak hanya dapat dilihat daripada jumlah peserta, tetapi juga suasana yang meriah dan bersemangat yang dipamerkan sepanjang acara berlangsung. 

 

"Ia juga bukti bahawa kesatuan dan perhubungan yang mendalam sesama komuniti Ranger, yang turut akan membuka jalan kepada pengembaraan dan persahabatan lain di masa hadapan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Ketua Peniaga Ford Penampang, Edmund Lau pula berkata, Perhimpunan Mega TT ini menjadi bukti kepada hubungan erat antara peminat Ford Ranger. 

 

 

ford

 

 

"Ia merangkum dengan baik semangat yang menjadi teras kepada ‘Ranger Lifestyle’, yang memberi tumpuan bukan hanya terhadap minat mendalam kepada Ranger, tetapi juga kualiti sama untuk dikongsi bersama yang lain," katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya teruja melihat peniaga Ford mengambil inisiatif untuk mengeratkan lagi perhubungan dalam kalangan komuniti mereka. 

 

 

ford

 

 

"Inilah ertinya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Ford, yang mana individu dengan minat sama saling berhubung. Kami juga berbesar hati untuk menyokong komuniti pemilik seperti ini dalam apa cara sekali pun," katanya.

 

SDAC-Ford terus komited untuk mengekalkan hubungan rapat dengan ahli kelab pemilik dengan cara menyokong rangkaian pelbagai kelab pemilik Ford melalui usaha sama erat yang membuka peluang untuk memperluaskan lagi pemahaman dalam kalangan pemilik.

 

 

ford

 

 

Pemilik Ford Ranger yang berminat untuk menyertai FROC Borneo dan terus menerima makluman berkaitan acara yang bakal dianjurkan boleh berhubung dengan bilik pameran Ford Penampang di talian 088-702222. - DagangNews.com