EPB Group tetapkan harga IPO pada 56 sen, sasar kumpul RM40.08 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

EPB Group tetapkan harga IPO pada 56 sen, sasar kumpul RM40.08 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Jun - Pembekal rumusan jentera pemprosesa dan pembungkusan makanan sehenti, EPB Group Bhd yang akan membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 23 Ogos 2024 menetapkan harga harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 56 sen bagi mengumpul RM40.08 juta.

 

Pada harga IPO 56 sen sesaham, kumpulan itu akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM208.32 juta menjelang penampilannya.

 

Harga IPO 56 sen menilai syarikat itu pada kira-kira 14.62 kali ganda berdasarkan keuntungan bersihnya sebanyak RM14.26 juta untuk FY23 dan modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 372 juta saham.

 

Pendapatan sesaham dicairkan kumpulan itu ialah 3.83 sen.

 

ARTIKEL BERKAITAN: EPB Group meterai taja jamin dengan Malacca Securities untuk IPO di Pasaran ACE Bursa Malaysia

 

Semasa pelancaran prospektusnya, kumpulan itu berkata RM40.08 juta daripada hasil itu akan diperoleh daripada terbitan 71.57 juta saham baharu.

 

IPO itu termasuk tawaran penjualan 40 juta saham sedia ada oleh pemegang saham EPB kepada pelabur terpilih, serta pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui penempatan persendirian.

 

Daripada RM40.08 juta yang diperoleh daripada terbitan saham baharu itu, RM24.6 juta akan digunakan untuk pembesaran kilang, RM10.5 juta untuk pembayaran balik pinjaman bank, RM8.48 juta untuk modal kerja, dan baki RM4 juta untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian. - DagangNews.com