EPB Group meterai taja jamin dengan Malacca Securities untuk IPO di Pasaran ACE Bursa Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

EPB Group meterai taja jamin dengan Malacca Securities untuk IPO di Pasaran ACE Bursa Malaysia

EPB Group Berhad terletak di Jalan Perindustrian Bukit Minyak Pulau Pinang. -Gambar Easy Pack
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 20 Jun - Pembekal sehenti bagi penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, EPB Group Berhad (EPB) memeterai perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities Sdn. Bhd. untuk tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

IPO Kumpulan EPB melibatkan terbitan awam sebanyak 71.57 juta saham biasa baharu, atau 19.24% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian dengan tawaran untuk jualan sebanyak 40 juta saham biasa, atau 10.75% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian.

 

Sebanyak 19.57 juta saham terbitan atau 5.26% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia melalui cara pengundian, yang 50% daripada peruntukan ini yang mewakili 9,785,000 saham terbitan akan disediakan kepada pelabur awam Bumiputera.


 
Sejumlah 21.19 juta saham terbitan atau 5.7% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disimpan untuk permohonan oleh pengarah, pengurusan kanan dan pekerja yang layak serta sekutu perniagaan termasuk mana-mana orang yang menyumbang kepada kejayaan Kumpulan EPB.


 
Tawaran 30.8 juta saham terbitan atau 8.28% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan untuk permohonan oleh pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI melalui penempatan persendirian.

 

ARTIKEL BERKAITAN: EPB Group dapat kelulusan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia

 

Penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI pula berjumlah 15.69 juta Saham Tawaran, atau 4.22% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI.


 
Sejumlah 24.3 juta Saham Tawaran, atau 6.53% daripada modal saham terbitan diperbesarkan semasa penyenaraian akan disediakan kepada pelabur terpilih.

 

Malacca Securities akan menaja jamin 19.57 juta saham terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia dan 21.19 juta saham terbitan yang disediakan.

epb 2
Yeoh Chee Min (kiri) dan Lim Chia Wei tengah pada majlis pemerteraian taja jamin antara EPB Group dan Malacca Securities hari ini.

 

Pengarah Urusan EPB Group Berhad, Yeoh Chee Min berkata, visi Kumpulan adalah untuk meluaskan rangkaian pasaran kami dan meningkatkan penawaran perkhidmatan kami dalam sektor jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan. 

 

"IPO ini merupakan langkah strategik ke arah mencapai matlamat tersebut. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Malacca Securities untuk memudahkan penyenaraian kami di Pasaran ACE Bursa Securities. 

 

"Pada masa akan datang, Kumpulan kami merancang untuk mengembangkan barisan produk kami terutamanya dalam automasi robotik dalam industri pembuatan makanan," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

 

Pengarah Urusan Malacca Securities Sdn. Bhd., Lim Chia Wei berkata, pihaknya amat berbangga dapat membantu Kumpulan EPB menerusi IPO yang akan datang. 

 

Katanya, pendekatan menyuluruh Kumpulan EPB untuk menyampaikan penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, digabungkan dengan doinovasi dan tumpuan yang sepenuhnya terhadap keperluan pelanggan telah menetapkan asas yang kukuh untuk perkembangan masa depan. 

 

"Dengan rekod prestasi yang membanggakan sejak 1992 dan pasukan yang berpengalaman, Kumpulan EPB dengan serba lengkap boleh mengemudi landskap dinamik industri makanan dengan baik," katanya.


 
Menurut laporan Penyelidikan Pasaran Bebas, industri mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan berkembang dengan mantap, termasuk kemajuan teknologi, dan peralihan ke arah kaedah pemprosesan makanan yang lebih cekap dan automatik. 

 

"Tambahan pula, industri diunjurkan berkembang pada CAGR sebanyak 9.7% daripada tempoh ramalan RM1.80 bilion pada 2023 kepada RM2.66 bilion pada 2027. 

 

"Dengan memanfaatkan kepakaran industri dan keupayaan inovatif Kumpulan, Kumpulan menyasarkan untuk mengembangkan penawaran produknya dalam automasi robotik untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat untuk kaedah automasi pembuatan makanan yang inovatif," kata Kumpulan EPB. - DagangNews.com