Duopharma Biotech, Tourism Malaysia jalin kerjasama promosi kesihatan ketika melancong | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Duopharma Biotech, Tourism Malaysia jalin kerjasama promosi kesihatan ketika melancong

KUALA LUMPUR 24 Jan - Duopharma Biotech Berhad (Duopharma) menjalin kerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menggalakkan orang ramai mengambil vitamin C sebagai langkah meningkatkan tahap kesihatan tubuh terutama ketika melancong.

 

Menerusi produk vitamin C jenama Flavettes, Duopharma berkata, kempen selama setahun ini antara lain bagi membantu meningkatkan industri pelancongan tempatan menerusi pengalaman 'Cuti-Cuti Malaysia' yang selamat kepada kesihatan.

 

"Kempen ini menekankan kepada kesedaran bahawa kesihatan seseorang itu terletak pada individu sendiri yang mana menerusi pengambilan vitamin C boleh membantu meningkatan ketahanan tubuh bagi melawan penyakit," katanya.

 

Kempen dikenali ‘C-Fu: Be The Master of Your Health’ itu dilancarkan di Genting Highlands baru-baru ini oleh Timblan Pengarah Kanan (Bahagian Digital dan Pengiklanan) Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif-Komersial Duopharma Biotech Berhad, Wan Amir-Jeffery Wan Abdul Majid.

 

c
Majlis pelancaran kempen sihat ketika melancong ‘C-Fu: Be The Master of Your Health’  di Genting Highlands baru-baru ini.

 

Hadir sama Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Jualan Genting Malaysia Berhad, Spencer Lee.

 

Menurut Wan Amir-Jeffery, jika Tourism Malaysia menggalakkan rakyat melancong ke pelbagai lokasi menarik, Duopharma pula sebagai rakan kongsi pintar mengingatkan semua agar kekal sihat dan selamat di jalan raya.

 

"Menerusi penjagaan kebersihan, pengambila air yang mencukupi beserta pengambilan vitamin C harian, kita boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit respiratori seperti demam, selesema dan COVID-19.

 

"Oleh itu, bawa bersama pek vitamin C Flavettes ketika melancong," jelasnya.

 

Menerusi kempen tersebut, orang ramai boleh menebus produk Flavettes berupa Vitamin C + Zinc 30's bernilai RM40.90.

 

Mereka yang berminat hanya perlu mengisi butiran diri di laman web flavettes-travelsafe dan kemudian menebusnya di cawangan Watsons yang mengambil bahagian.- DagangNews.com