KUALA LUMPUR 12 Okt - Dagang NeXchange Bhd (DNeX) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Strateq Sdn Bhd bagi bekerjasama dalam meneroka peluang dalam teknologi maklumat (IT), Analisis Data Besar.
Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk meneruskan projek dalam bidang ini serta data kecerdasan buatan (AI), tadbir urus dan projek IT berskala besar yang berkaitan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.
Pengerusi Eksekutif DNeX, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha meluaskan perkhidmatan penawaran unit perniagaan IT DNeX, memanfaatkan rekod prestasinya dalam melaksanakan pendigitalan projek berskala besar di sektor awam dan swasta.
"Dengan keupayaan baharu dan perkongsian yang kukuh, kami menantikan peluang untuk menawarkan analisis data besar serta perkhidmatan berkaitan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau menambah bahawa sinergi antara DNeX dan Strateq boleh berfungsi sebagai batu loncatan untuk mempercepatkan penggunaan teknologi digital termaju, memanfaatkan pembangunan kapasiti dan keupayaan dalam teknologi digital daripada kedua-dua entiti.
"Kerjasama ini tepat pada masanya kerana kita bergerak seiring dengan perkembangan teknologi pantas yang akan membuka jalan kepada transformasi digital.
"Bekerjasama dengan rakan kongsi strategik seperti Strateq adalah selaras dengan kami mengejar untuk terus menyampaikan rumusan inovatif untuk pelanggan, dan dalam kes ini, analisis data besar dan teknologi berkaitan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Strateq, Datuk Tan Seng Kit berkata, kerjasama tersebut mencerminkan visi bersama mereka untuk masa depan yang dinamik dan berteknologi maju.
"Semasa kita memulakan perjalanan kerjasama, kami berazam untuk mencipta kemungkinan baharu dan meningkatkan standard industri. Perkongsian kami menjadi contoh untuk inovasi, mencipta nilai dan membuka peluang untuk semua pihak berkepentingan.
"Paling penting, kami komited kepada tadbir urus AI yang bertanggungjawab, memastikan teknologi kemajuan kami memberi manfaat kepada masyarakat pada umumnya," katanya.
Katanya, Strateq dan DNeX akan mula menyusun strategi pada pendekatan ke pasaran dengan data dan rumusan AI.
"Kedua-dua organisasi perlu bekerja pada pemetaan akaun dan membangunkan garis masa projek untuk pelaksanaan serta peruntukan sumber dan perkongsian pemilikan serta data aliran komunikasi yang jelas," katanya. - DagangNews.com








