KUALA LUMPUR 30 Jun – Dropee, platform e-dagang B2B pelopor di Malaysia yang bakal dijenamakan semula sebagai Borong, menetapkan matlamat memperkasakan perniagaan tempatan dan menjadikan mereka pemain utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi.
Pengarah Urusan Dropee, Aizat Rahim berkata, pihaknya percaya akses kepada kredit tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kejayaan.
"Dropee yang tidak lama lagi akan dijenamakan semula sebagai Borong, telah membangunkan pelan hala tuju mudah yang akan mengubah landskap kredit untuk perniagaan,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

Menurut Aizat, Dropee menawarkan tiga komponen utama untuk menyokong perniagaan dalam perjalanan mereka:
1. Dropee Direct: Papan pemuka yang mudah membolehkan perniagaan menjual dalam talian, menjejak pesanan dan mengurus inventori dalam masa sebenar.
2. Pasaran Dropee: Pasaran yang disusun khas di mana perniagaan boleh meneroka pelbagai produk untuk perniagaan mereka. Pasaran ini akan meningkatkan hubungan pembekal, membolehkan perniagaan untuk membuat keputusan termaklum berdasarkan keperluan unik mereka.
3. Kredit Dropee: Perniagaan yang berkaitan boleh membeli secara serta-merta dan bayar kemudian dengan kredit. Ini membolehkan perniagaan mengakses rangkaian produk tanpa membebankan peruntukan sedia ada mereka.
Menurutnya, Digital Niaga bersedia untuk memperbaharui cara perniagaan tempatan mempunyai akses kepada pembiayaan, justeru membuka jalan untuk perniagaan tempatan menjadi nadi komuniti mereka.
"Pra-daftar di www.digital-niaga.com untuk maklumat eksklusif terkini dan maklumat tentang institusi kewangan yang akan menjadi rakan kerjasama Digital Niaga," kata Aizat.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Program Digital Niaga bersama lebih 300 usahawan dan pemilik perniagaan mikro, kecil dan sederhana yang dirasmikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu negara baru-baru ini.

Program Niaga Digital dibina dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan institusi perbankan untuk membantu usahawan tempatan mendapat kemudahan pembiayaan dan program-program latihan.
Digital Niaga yang disokong oleh platform Dropee direka untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan memangkin pertumbuhan mereka. Dropee ialah platform e-dagang B2B pelopor di Malaysia, yang bertujuan untuk memudahkan proses rantaian bekalan buat perniagaan, lantas membolehkan penambahan pendapatan mereka, terutamanya untuk PKS.
Digital Niaga bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh perniagaan kecil tempatan dalam mendapatkan kredit daripada bank tradisional untuk mengembangkan operasi mereka, melabur dalam inovasi dan berkembang maju dalam pasaran kompetitif hari ini.
Dengan sokongan teknologi canggih dan rangkaian meluas Dropee, Digital Niaga menyediakan proses diperkemas yang menghubungkan perniagaan dengan institusi kewangan, membolehkan mereka mengakses pembiayaan yang diperlukan untuk berjaya.
“Program ini telah direka khas untuk membantu usahawan PKS menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap dan sistematik”, kata Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa ucapan perasmiannya.
“Program ini akan menyediakan akses pasaran, pembiayaan kredit dan invois yang lebih baik melalui pendigitalan. Ini akan membantu usahawan untuk mengikuti perkembangan keperluan landskap digital yang berubah dengan pantas,” kata beliau. - DagangNews.com








