Dengan buku pesanan RM2.48 bilion, Kimlun miliki potensi besar bagi FY2024-25, kata HLIB | DagangNews Skip to main content

Dengan buku pesanan RM2.48 bilion, Kimlun miliki potensi besar bagi FY2024-25, kata HLIB

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 19 April - Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata prospek pendapatan Kimlun Corp Bhd adalah  begitu cemerlang bagi Tahun Kewangan 2024-25, disokong oleh buku pesanan yang belum dibilkan sebanyak RM2.48 bilion (3.0x pada hasil FY2023 dan pencapaian tertinggi sejak FY2018 ), dengan 85% dikhususkan untuk pembinaan dan selebihnya untuk pembuatan pratuang.

 

Pada 18 April 2024, Kimlun mengumumkan kejayaan meraih kontrak bernilai RM150 juta, menjadikan nilai kontrak kemenangannya setakat ini sebanyak RM284 juta.

 

Firma penyelidikan itu berkata, dalam persekitaran sektor pembinaan dan hartanah berkembang pesat, buku pesanan Kimlun biasanya berkisar antara RM1.5 bilion hingga RM2.2 bilion, dengan keuntungan teras selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) antara RM58.4 juta kepada RM81.9 juta.

 

BACA; Astaka anugerahkan kontrak RM150 juta kepada Kimlun untuk projek Mount Austin, Johor Bahru

 

“Oleh itu, kami menjangkakan pendapatan Kimlun akan mengalami pemulihan yang ketara pada FY24, mencecah RM36.7 juta daripada teras FY23 Patami yang lembap sebanyak RM7.1 juta.

 

“Trajektori menaik ini dijangka berlanjutan ke Tahun Kewangan 2025 apabila kemajuan projek meningkat.

 

“Secara teknikal, Kimlun bersedia untuk penembusan rintangan pada RM1.05, dengan penunjuk menunjukkan kecenderungan meningkat.

 

“Penembusan yang berjaya di atas paras tersebut akan memacu harga lebih jauh ke arah paras RM1.09-1.15-1.22. Potong rugi pada 94 sen,” katanya. 

 

HLIB berkata syarikat itu mungkin memperoleh kemenangan lebih tinggi (RM600 juta) berdasarkan sentimen positif semasa di Johor.

 

Melangkah ke hadapan, HLIB berkata Kimlun dijangka melihat lebih banyak peluang termasuk pekerjaan lebuh raya di Johor & Sarawak, tebatan banjir, Sistem Pengangkutan Bandar Kuching, hospital dan transit aliran ringan Pulau Pinang, antara lain.

 

Ini tidak termasuk peluang pratuang daripada pusat data dan projek mega di SG seperti MRT CRL Fasa 2 & 3 dan Changi T5.

 

HLIB mengekalkan saranan "Beli" ke atas Kimlun dengan harga sasaran tidak berubah pada RM1.38.- DagangNews.com