Citadel Capital lebarkan sayap ke Sibu, sasar transformasi landskap perniagaan di Sarawak | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Citadel Capital lebarkan sayap ke Sibu, sasar transformasi landskap perniagaan di Sarawak

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 6 Nov - Citadel Capital memperkembangkan perniagaannya ke Sibu, Sarawak selepas membuka cawangan pertamanya di Kuching pada Julai lalu.

 

Diterajui Alan Ling, pejabat baharu di Sibu itu merupakan langkah strategik yang menandakan komitmen syarikat pengurusan kekayaan tersebut untuk mencipta peluang dan menyumbang kepada komuniti yang mendapatkan perkhidmatannya.

 

Citadel Capital dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan bahawa ia melihat Sibu sebagai bandar yang berkembang pesat di Sarawak, menawarkan potensi besar untuk pelaburan perniagaan.

 

“Wilayah dinamik ini telah mengalami pertumbuhan luar biasa 102% dalam acara perniagaan sejak 2021, menghasilkan kesan ketara kepada ekonomi, peningkatan perbelanjaan perwakilan dan penciptaan banyak peluang pekerjaan,” ulasnya.

 

Citadel Capital berkata kedudukan Sibu di wilayah tengah Sarawak turut berfungsi sebagai pintu masuk ke pelbagai bandar dan daerah, termasuk Kanowit, Song, Kapit, Bintangor, dan Sarikei disebabkan rangkaian jalan rayanya yang maju.

 

Selain itu, penerbangan terus AirAsia tiga mingguan antara Singapura dan Sibu telah mengukuhkan kesalinghubungannya.

 

 

Wakil Citadel Capital memotong reben di acara perasmian pembukaan cawangan di Sibu

 

 

Di samping perniagaan, Sibu juga menjadi lokasi menarik untuk pelancong, di mana Agoda mengiktiraf daerah ini sebagai destinasi pelancongan paling berpatutan di Malaysia dan yang kedua paling berpatutan di Asia

 

Perkembangan Citadel Capital ke Sibu juga diperkukuhkan oleh usaha kerajaan negeri mempergiatkan pelbagai projek infrastruktur di daerah-daerah ini, dan inisiatif tambahan dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

 

Visi Sibu untuk menjadi hab pembangunan di Wilayah Tengah Sarawak menjelang 2030, memberi penekanan kepada aktiviti ekonominya, seperti pembangunan industri pembinaan kapal, yang menyumbang secara besar kepada ekonomi Sarawak, menjana RM168 juta setakat Oktober 2020.

 

“Peluasan Citadel Capital ke Sibu bermatlamat untuk merebut peluang pelaburan yang sejajar dengan pertumbuhan rantau ini.

 

“Langkah strategik ini dijangka meningkatkan kepuasan pelanggan, menghasilkan pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan pelanggan dan mewujudkan asas untuk kejayaan perniagaan masa hadapan,” tambahnya. - DagangNews.com