KUALA LUMPUR 6 April - Pengiktirafan khas diberikan kepada Circular Agency and North-South Transport (CANST) kerana menjadi syarikat pengangkutan ketiga dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) melalui perjanjian perkongsian Scania Ecolution.
Kejayaan ini mendorong CANST untuk terus komited dengan membeli 10-unit Scania G410A6x2NZ (4 unit) dan Scania G360A4x2NA (6 unit) baharu dengan Kontrak Pembaikan & Penyelenggaraan (R&M).
Pengarah Urusan Batu Kawan Bhd, Datuk Lee Hau Hian berkata, pihaknya mengekalkan standard yang sangat tinggi dalam hal keselamatan terhadap produk yang mereka hantar.
"Inilah sebabnya mengapa pemandu CANST yang terlatih sangat sesuai dengan ciri keselamatan tambahan dalam trak Scania.
"Secara keseluruhan, saya gembira menyatakan bahawa Scania benar-benar menyediakan keselamatan terbaik kepada kami dan pengurangan pelepasan CO2 untuk melancarkan operasi penghantaran harian kami. Trak Scania benar-benar mesra alam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Heba El Tarifi pula berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada CANST atas usaha pengurangan karbon mereka.
Katanya, dengan mengembangkan perkongsian Scania Ecolution dan R&M untuk penghantaran terbaru ini menunjukkan komitmen sebenar CANST dalam menjaga alam sekitar dan kecemerlangan operasi.

"Saya sangat positif amalan operasi CANST akan menggalakkan pihak lain untuk sama mengikutinya," katanya.
Terdahulu, 'A Good Driver' ialah pertandingan yang bertujuan untuk mencari pemandu terbaik yang berjaya meningkatkan pengurangan pelepasan CO2.
Untuk pertandingan ini, Scania memutuskan untuk memberi pengiktirafan khas kepada tiga syarikat terbaik dalam pengurangan pelepasan CO2.

Semua ini adalah sebahagian daripada komitmen Scania terhadap meminimumkan pelepasan daripada produk dan operasinya sendiri.
Ini termasuk mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 20% daripada pengangkutan darat pelanggannya bagi setiap tan pengangkutan dan 50% daripada operasi sendiri menjelang 2025 (menggunakan 2015 sebagai garis dasar).
Sebagai rakan kongsi Ecolution dengan Scania, syarikat dan pemandu yang baik adalah sebahagian daripada perjalanan ke arah mencapai pengurangan pelepasan CO2 selaras dengan 'Science Based Target initiative (SBTi)'. - DagangNews.com








