Calon PM PRU15: Ismail Sabri ucap terima kasih kepada UMNO | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Calon PM PRU15: Ismail Sabri ucap terima kasih kepada UMNO

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 April - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada UMNO yang mencadangkan beliau sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

 

Perdana Menteri menerusi ciapan di Twitter hari ini berkata, sesungguhnya ini adalah sebuah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul untuk mengembalikan kestabilan Malaysia dalam membina kemajuan yang lebih gemilang dan memelihara kesejahteraan setiap ahli Keluarga Malaysia.

 

"Bismillahirrahmanirrahim. Salam sebuah perjuangan dan salam Keluarga Malaysia. 

 

"Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden, kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan seluruh ahli UMNO yang mencadangkan saya menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang.

 

"Sesungguhnya ini adalah sebuah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul untuk mengembalikan kestabilan Malaysia, dalam membina kemajuan yang lebih gemilang dan memelihara kesejahteraan setiap ahli Keluarga Malaysia," katanya.

 

Semalam, media melaporkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara memutuskan Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri pada PRU15.

 

BACA JUGA: MT UMNO sebulat suara Ismail Sabri jadi calon Perdana Menteri PRU15

 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, kesepakatan itu ialah antara beberapa perkara diputuskan pada Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semalam. - DagangNews.com