Boost Star bantu ringankan beban kewangan rakyat Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Boost Star bantu ringankan beban kewangan rakyat Malaysia

Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 Jun - Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, Boost meningkatkan usahanya untuk meringankan beban masyarakat tempatan dengan memberi lebih 100 juta Boost Star yang boleh dikumpulkan sehingga 68x lebih pantas pada bulan ini. 

 

Rakyat Malaysia boleh menggunakan Boost Star untuk mendapat diskaun sehingga RM10 bagi setiap bil isi rumah, kredit bulanan sehingga RM210 untuk keperluan harian, dan banyak lagi di aplikasi Boost* (https://myboost.app.link/AvQSoOeeGqb).

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, mereka mendengar rintihan masyarakat mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga barangan keperluan. 

 

"Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia, kami membolehkan pengguna untuk mengumpul Boost Star dengan lebih pantas sepanjang bulan ini untuk menyenangkan penjimatan bagi bil isi rumah, barangan runcit, petrol, dan keperluan harian lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif, Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie pula berkata, mereka bersimpati dengan beban kewangan rakyat Malaysia. 

 

"Oleh itu, kami telah memudahkan penjimatan untuk pengguna kami. Bagi pengguna Boost, pembayaran bil bukan suatu tugasan lagi, tetapi pengalaman yang memberi ganjaran. 

 

"Pembelian barangan keperluan juga lebih lancar di aplikasi kami.  Dengan menawarkan kredit Partner Wallet, rakyat Malaysia boleh menggunakan Boost Stars untuk lebih berjimat apabila membeli barangan keperluan daripada senarai peniaga dan rakan kongsi kami yang meluas," katanya.

 

 

boost

 

 

boost

 

 

Dengan lebih dari 50 pembekal perkhidmatan bil yang sedia ada di BoostBills, rakyat Malaysia boleh menggunakan ciri ‘Pay With Stars’ untuk mendapatkan diskaun secara langsung apabila membuat bayaran bil bulanan menerusi aplikasi gaya hidup digital Boost.   

 

Jumlah nilai diskaun akan mengikut pangkat BoostUP, bilangan Boost Star, dan perbelanjaan minimum pengguna. Untuk setiap bil, pengguna yang berpangkat Red Recruit boleh berjimat RM2, Silver Sergeant boleh berjimat RM5, dan Gold General boleh berjimat RM10 melalui ciri ‘Pay With Stars’ di applikasi Boost. 

 

 

boost
Sheyantha Abeykoon

 

 

Tambahan lagi, rakyat Malaysia juga boleh menggunakan Boost Star untuk menebus kredit Partner Wallet bagi penjimatan tambahan sehingga RM210 setiap bulan bagi barangan runcit, petrol, dan pembelian dalam talian. 

 

Pengguna boleh mengunjungi BoostUP Rewards Catalogue, kemudian menebus kredit Partner Wallet di bawah kategori ‘Cash’ (Tunai) dengan Boost Star yang diperlukan. 

 

Setelah ditebus, kredit akan dipaparkan di halaman ‘My Partner Wallets’, dan akan digunakan secara automatik apabila membeli keperluan harian daripada peniaga dan rakan jenama yang turut serta. - DagangNews.com