Bandar raya Kuala Lumpur dikuasakan oleh Samsung Galaxy A | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bandar raya Kuala Lumpur dikuasakan oleh Samsung Galaxy A

SEBUAH bangunan yang dihiasi dengan lukisan mural oleh Samsung di Kuala Lumpur.

 

KUALA LUMPUR 1 Mei - Sebagai sebahagian daripada usaha Samsung untuk menceriakan bandar raya Kuala Lumpur, Samsung melantik artis mural yang paling sesuai untuk bekerjasama bagi mengindahkan ibu negara Malaysia ini.

 

Beberapa bangunan ikonik di seluruh ibu kta telah mengalami perubahan menarik. Hasil lukisan mural pada bangunan Rex KL di Jalan Petaling membuatkan bangunan itu tidak lagi nampak usang dan kusam.

 

Ia kini dilitupi dengan lukisan mural berwarna terang yang menampilkan watak dan warna menyeronokkan yang tepat dalam menggambarkan budaya Malaysia, hasil seni daripada pelukis terkenal, Orkibal.

 

Transformasi magis pada bangunan Drop Inn Lodge di Jalan Tun HS Lee pula adalah idea daripada pelukis graffiti handalan, Lowkey.

 

Seni bina ikonik lain iaitu Banunan Seni Zhongshan juga melalui perubahan hasil karya oleh pelukis mural tersohor, Bono Stellar dan dijadual siap pada penghujung Mei ini.

 

Mural yang dihasilkan di seluruh bandar adalah sebagai inspirasi kepada para belia untuk terus mengekspresikan kreativiti dan minat seni mereka kepada dunia – secara bebas dan spontan.

 

Inisiatif yang dinamakan ‘Dikuasakan oleh Galaxy A’ adalah kerana Samsung ingin membawa elemen kreatif dan menyeronokkan dalam siri Galaxy A kepada dunia, seperti yang dilakukan dengan hasil mural ini. - DagangNews.com