Avis Malaysia diiktiraf antara 20 rakan kongsi terbaik Ericsson | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Avis Malaysia diiktiraf antara 20 rakan kongsi terbaik Ericsson

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 April - Avis Malaysia, salah sebuah syarikat penyewaan kereta menerima pengiktirafan sebagai salah satu daripada 20 rakan kongsi terbaik oleh Ericsson Malaysia, baru-baru ini.

 

Ketua Pejabat Operasi Avis Malaysia, Syahrul Yusuf berkata, anugerah ini menyerlahkan komitmen pihaknya terhadap kecemerlangan dan perkhidmatan pelanggan dalam industri penyewaan kereta.

 

Katanya, Ericsson Malaysia mengiktiraf Avis atas sumbangan dan komitmen cemerlang untuk menyediakan perkhidmatan luar biasa kepada pelanggannya.

 

"Kami berbesar hati untuk diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 rakan kongsi terbaik Ericsson Malaysia. 

 

"Pengiktirafan ini adalah bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami, yang komited untuk menyediakan perkhidmatan penyewaan kereta terbaik kepada pelanggan.

 

"Kami berterima kasih atas sokongan Ericsson Malaysia, dan kami akan terus bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan sebagai penyedia perkhidmatan penyewaan kereta terkemuka negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Avis Malaysia mempunyai reputasi menyediakan perkhidmatan penyewaan kereta berkualiti tinggi kepada pelanggan, menawarkan pelbagai jenis kenderaan daripada sedan kepada SUV dan kereta mewah, untuk memenuhi keperluan pelanggannya. 

 

Dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam industri penyewaan kereta, Avis Malaysia mewujudkan dirinya sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk individu dan perniagaan yang mencari penyelesaian pengangkutan yang boleh dipercayai dan cekap. - DagangNews.com