Amazfit lancar tawaran khas jam pintar bermula April 2022 | DagangNews Skip to main content

Amazfit lancar tawaran khas jam pintar bermula April 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 31 Mac - Jenama perkakasan pintar, Amazfit melancarkan tawaran istimewa sempena Ramadan pada bulan April 2022 untuk jam pintar keluarannya bagi kegunaan harian sama ada kesihatan atau bersukan.

 

Tawaran khas itu boleh didapati pada tarikh 4 April, 5 April, 18 April dan 25 April 2022. 

 

Pembeli yang membeli jam pintar T-Rex Pro pada tarikh tersebut akan mendapat pelitup Amazfit percuma, manakala pembeli siri jam pintar GTS 3 dan GTR 3 akan mendapat pengikat rambut, pelitup dan botol percuma.

 

Pengarah Amazfit Asia Tenggara, Jacob Jin berkata, pihaknya teruja dengan pelancaran tawaran tersebut untuk jam-jam pintar.

 

Beliau berkata, enjin AI dalam peralatan pintar boleh memantau degupan jantung, mod senaman, tahap kepekatan oksigen, status tidur dan pernafasan ketika tidur yang memberikan gambaran lebih jelas tentang bagaimana keadaan badan ketika aktif atau ketika rehat.

 

"Amazfit adalah satu daripada jenama yang disukai golongan muda di seluruh dunia yang menjalani gaya hidup aktif dan positif dengan mengikut fesyen serta teknologi terbaru. 

 

"Kini kami mempunyai lebih 100 juta orang pengguna aktif bagi produk kami termasuklah jam, gegelang, alat pendengaran telinga, peralatan kecergasan dan aksesori lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

 

amaz

 

 

Dikuasakan melalui sistem pengoperasian Zepp, ia menghubungkan peralatan pintar, data besar dan juga perkhidmatan pengurusan sukan serta kesihatan untuk memberikan pengalaman pengguna yang tersendiri. 

 

Peralatan pintarnya khas termasuklah alat pendengaran sukan di telinga stereo tanpa wayar, mesin sawat injak pintar, skala komposisi badan pintar dan peralatan sukan.

 

 

amaz

 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran Ramadan, sila layari www.amazfit.com/en atau platform e-dagangan Amazfit bit.ly/Amazfit-MY-SHOPEE dan bit.ly/Amazfit-MY-Lazada. - DagangNews.com