KUALA LUMPUR 1 Dis - Al Rajhi Bank Malaysia (ARBM) mengambil langkah besar ke hadapan untuk perkhidmatan kewangan negara menerusi pelancaran bank digital pertama yang dikenali sebagai Rize.
Rize dicipta dengan teknologi terkini untuk menyediakan pengalaman perbankan digital hujung ke hujung untuk pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi, Arsalaan (Oz) Ahmed berkata, Rize adalah bank digital yang berusaha untuk memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan mereka yang dikenali sebagai Rizers.
"Apabila rakyat Malaysia menjadi Rizers, mereka mendapat akses kepada pengalaman perbankan yang dibayangkan semula dikuasakan dengan teknologi terbaik dalam kelasnya.
"Semua keperluan perbankan Rizers akan disediakan pada telefon pintar mereka tanpa perlu pergi ke cawangan fizikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Rize juga menawarkan pilihan pembiayaan peribadi yang mampu dimiliki oleh pelanggan tanpa kerumitan yang memerlukan dokumentasi minimum dan bayaran pemprosesan.
Dalam pada itu, Rize Savings Pot adalah satu-satunya simpanan Malaysia dengan kadar keuntungan, membolehkan pelanggan memperoleh pendapatan sambil menyimpan untuk matlamat mereka.

Lebih banyak mereka menyimpan, lebih banyak mereka akan peroleh. - DagangNews.com








