8 pemegang saham SCIB memohon EGM untuk pecat Azri Azerai, dua lagi daripada lembaga pengarah | DagangNews Skip to main content

8 pemegang saham SCIB memohon EGM untuk pecat Azri Azerai, dua lagi daripada lembaga pengarah

Noor Azri bin Dato' Sri Noor Azerai

KUALA LUMPUR 31 Mei - Lapan pemegang saham Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) mahu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memecat tiga pengarah daripada lembaga pengarah dan menggantikan mereka dengan empat calon baharu.

 

Lapan pemegang saham tersebut ialah Lim Hau Yang, Ang Sok Kiang, One Ungguh Holdings Sdn Bhd, Teo En Chie, Lee Chee Hoon, Chin Choon Wei, Liaw Way Gian dan Hong Mei Ying.

 

Mereka secara bersama memegang lebih daripada 10% jumlah modal saham terbitan SCIB, tertakluk kepada pengesahan yang dibuat terhadap Rekod Pendeposit Syarikat pada tarikh Notis Permintaan.

 

TERBAHARU: SCIB tetapkan EGM pada 28 Jun untuk undi singkirkan Azri Azerai, 2 lagi lembaga pengarah

 

"Lembaga Pengarah SCIB ingin mengumumkan bahawa syarikat pada 30 Mei 2023, menerima Notis Hasrat untuk Memindahkan Resolusi yang Memerlukan Notis Khas menurut Seksyen 206(3) dan 322 Akta Syarikat 2016 berkaitan dengan hasrat pemegang saham syarikat untuk memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan menurut Seksyen 310(b) Akta untuk dipertimbangkan oleh ahli syarikat," kata SCIB dalam makluman di bursa hari ini.

 

Pengarah yang ingin disingkirkan ialah Noor Azri Dato' Sri Noor Azerai, Mohd Shakir Shahimi, dan Nuraiman Shaiful Annuar.

 

Sementara itu, empat pengarah baharu yang ingin dilantik oleh pemegang saham ialah Kang Wei Luen, Dang Nguk Ling, Liaw, dan Pakharuddin Mohd Samin. - DagangNews.com