5 juta data penumpang, kakitangan AirAsia didakwa digodam awal bulan ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

5 juta data penumpang, kakitangan AirAsia didakwa digodam awal bulan ini

KUALA LUMPUR 23 Nov - Data peribadi kira-kira lima juta penumpang dan warga kakitangan AirAsia dilaporkan telah digodam oleh kumpulan penjenayah siber yang menggelarkan dirinya sebagai "Daixin Team".

 

Daixin telah mencuri data pada 11 dan 12 November lepas, menurut DataBreaches.net, yang merupakan saluran berita pertama yang melaporkan serangan ransomware.

 

Data yang terjejas termasuk nama penuh, ID tempahan dan maklumat pekerja dengan foto, kata portal itu.

 

AirAsia enggan mengulas mengenai laporan DataBreaches.net.

 

Kumpulan AirAsia menggaji hampir 15,000 orang.

 

Daixin berkongsi sampel data sebagai bukti hartanya dan membayangkan ia akan membocorkan data dalam dua kelompok.

 

Daixin memberitahu portal itu bahawa ia telah menuntut wang tebusan untuk membuka kuncinya, walaupun ia nampaknya telah `berasa kasihan' terhadap syarikat itu.

 

Ia tidak akan menggodam AirAsia lagi kerana "organisasi rangkaian yang huru-hara dan ketiadaan sebarang piawaian".

 

Daixin mendapat akses kepada lebih banyak data tetapi disebabkan infrastruktur data AirAsia yang huru-hara, memutuskan ia terlalu memakan masa.

 

"Rangkaian dalaman telah dikonfigurasikan tanpa sebarang peraturan dan akibatnya berfungsi dengan sangat teruk. Pada masa yang sama, perlindungan rangkaian sangat, sangat lemah," kata Daixin kepada portal itu. - DagangNews.com