300 syarikat bida tender projek Lebuhraya Pan Borneo | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

300 syarikat bida tender projek Lebuhraya Pan Borneo

Gambar Facebook Pan Borneo Highway Sarawak

 KUALA LUMPUR 11 Mac - Sebanyak 300 syarikat memohon tender Pakej 1B Fasa 1 projek Lebuhraya Pan Borneo membabitkan 15 pakej kerja, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

 

Beliau berkata, proses pra-kelayakan untuk tender itu baru sahaja ditutup, dengan sebulan lagi untuk menyenarai pendek syarikat sebelum mereka dibawa ke lembaga tender.

 

"Tender 15 pakej Fasa 1B bukan sahaja untuk kontraktor Sabah, tetapi untuk semua rakyat Malaysia, dan tidak akan dibuka kepada kontraktor asing.

 

"Kita perlu pastikan mereka memenuhi tiga syarat iaitu berapa banyak kerja yang mereka ada, pengalaman mereka, dan kekuatan kewangan mereka,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

 

arikat yang gagal menyiapkan projek yang diberikan dalam tempoh ditetapkan, lapor Bernama.

 

Setakat ini, kemajuan kerja Pakej 1A projek Lebuhraya Pan Borneo adalah 88%, dengan kesemua kontraktor dari Sabah, katanya.

 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) berhubung tindakan kerajaan terhadap mana-mana syarikat yang gagal menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo dalam tempoh masa yang ditetapkan. - DagangNews.com