21 penjual Shopee perkasakan perniagaan tempatan menerusi platform Kelab Bintang Komuniti | DagangNews Skip to main content

21 penjual Shopee perkasakan perniagaan tempatan menerusi platform Kelab Bintang Komuniti

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 23 Sept - Seramai 21 penjual bergabung tenaga bersama Shopee di bawah Kelab Bintang Komuniti demi memperkasakan penjual di seluruh negara untuk berjaya di platform tersebut. 

 

Kelab Bintang Komuniti merupakan inisiatif tambahan yang ditubuhkan bagi menyokong penjual di seluruh negara menerusi perkongsian tips dan sesi networking. 

 

Sejak bulan Mei 2022, Kelab Bintang Komuniti berjaya mengadakan sesi di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuantan dan George Town dan akan diteruskan setiap dua bulan di pelbagai bandar di seluruh Malaysia.

 

Pelbagai aktiviti fizikal dijalankan, seperti perjumpaan komuniti, kumpulan fokus dan kelas luar talian yang dikendalikan oleh penjual Bintang bagi memberi panduan lanjut kepada para penjual, agar mereka memperoleh kemahiran yang lebih tinggi demi meningkatkan jualan mereka.

 

Seorang penjual, Mohamad Hassaidi berkata, kelas luar talian lebih berkesan, terutama bagi mereka yang tidak biasa dengan pembelajaran secara maya. 

 

"Para penjual mempunyai lebih banyak masa untuk bertanya soalan apabila mereka memerlukan penjelasan semasa dalam kelas. Bintang Sellers juga dapat memberikan demonstrasi praktikal tentang cara menyediakan alat pemasaran yang spesifik jika perlu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Hassaidi menumpukan pada sesi yang disampaikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Seorang lagi penjual, Mickey Li Hua Hia pula membantu dalam sesi latihan Bahasa Cina bagi penjual yang memerlukannya. 

 

 

shopee
Mohamad Hassaidi

 

 

shopee
Mickey Li Hua Hia

 

 

Kedua-dua mereka juga berkongsi bahawa selain didorong oleh semangat untuk memberi kembali kepada komuniti, mereka mendapat manfaat dengan mempelajari lebih lanjut mengenai e-dagang menerusi penyampaian ilmu. 

 

Wakil Shopee daripada jabatan masing-masing turut hadir dalam sesi kumpulan fokus untuk memahami kesukaran atau pain points yang dihadapi oleh penjual, di samping menambah baik pengalaman jualan mereka di platform tersebut.

 

Penjual baharu yang berminat untuk meningkatkan jualan mereka boleh mengetahui lebih lanjut berkenaan Kelab Bintang Komuniti Shopee dengan menyertai Kumpulan Facebook ShopeeUni: https://www.facebook.com/groups/shopeeuniversity. - DagangNews.com