200 ahli All Reds Malaysia sertai acara menonton siaran langsung Piala EFL Carabao, LFC vs Chelsea | DagangNews Skip to main content

200 ahli All Reds Malaysia sertai acara menonton siaran langsung Piala EFL Carabao, LFC vs Chelsea

KUALA LUMPUR 24 Feb - Kelab penyokong rasmi Liverpool FC di Malaysia, All Reds Malaysia dengan sokongan Standard Chartered Bank menyediakan tarikan istimewa bagi penyokong yang telah mengesahkan kehadiran ke acara tontonan siaran langsung Perlawanan Akhir Piala EFL Carabou antara LFC menentang Chelsea pada 25 Februari 2024.

 

Bertempat di VIOBA Cafe di ibu negara, ARM telah menerima pengesahan kira-kira 200 penyokong yang sudah mendaftar sejak 2 minggu lalu bagi mendapatkan tiket masuk bagi menonton sepak mula finale pukul 11 malam Ahad ini.

 

Setiap ahli yang berdaftar ke acara itu berpeluang merebut cabutan bertuah istimewa sumbangan Standard Chartered Bank, yang merupakan penaja global kelab ternama Inggeris ini.

 

Sepasang jersi yang ditandatangani oleh pemain beserta sijil pengesahan ketulenan, tiga beg kasut LFC merupakan antara hadiah yang menanti pemenang cabutan bertuah.

 

 

arm
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Jenama, Penajaan dan Kemampanan Standard Chartered Bank, Mastura Adnan kepada wakil Exco ARM, Johardy Ibrahim dalam majlis ringkas di ibu pejabat bank tersebut, Khamis lalu.

 

 

Muzili Aznor Musa
Presiden All Reds Malaysia, Muzili Aznor Musa

 

 

Sementara itu, Presiden ARM, Muzili Aznor Musa berkata, pihaknya mengucapkan penghargaan atas sokongan Standard Chartered Bank yang sentiasa segar dan hangat kepada aktiviti ARM sejak sekian lama.

 

"Standard Chartered Bank benar-benar memainkan peranannya bukan sahaja sebagai penaja global LFC tetapi juga menyokong kelab-kelab penyokong seperti ARM, dan fakta ini adalah dekat di hati semua ahli kami untuk memesrai bank ini," kata beliau.


 

iktisad

 

 

Mengenai acara tontonan siaran langsung, Muzili berkata, kali ini venue acara ARM bekerjasama dengan VIOBA Cafe dalam usaha menyediakan lokasi yang selesa dan mudah dari segi pengangkutan kepada ahli untuk menikmati perlawanan akhir.

 

 

arm

 

 

"Insya-Allah jika LFC berjaya layak ke perlawanan akhir Europa dan Piala FA, kita akan usahakan lagi acara tontonan siaran langsung khusus untuk ahli-ahli ARM," kata beliau.

 

Muzili turut merakamkan penghargaan kepada semua barisan Exco ARM yang bertungkus-lumus menjayakan acara tontontan siaran langsung Piala EFL Carabao 2024 ini. - DagangNews.com