11 hospital KPJ digunakan khusus tarik lebih ramai pesakit antarabangsa menerusi program pelancongan kesihatan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

11 hospital KPJ digunakan khusus tarik lebih ramai pesakit antarabangsa menerusi program pelancongan kesihatan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Feb - KPJ Healthcare Bhd sudah mengenal pasti 11 hospital pakar miliknya di seluruh negara yang akan terlibat dalam program pelancongan kesihatan bagi menarik lebih ramai pesakit dari luar negara pada masa hadapan.

 

Ketua Pegawai Pemasarannya, Sherene Azli berkata, Hospital Pakar Damansara 2 akan dijadikan hospital flagship bagi program itu.

 

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai perancangan kumpulan untuk program itu tetapi berkata hospital itu akan diagih-agihkan mengikut kawasan iaitu utara tanah air melibatkan hospital di Pulau Pinang, kawasan tengah, selatan, Kuching dan Sabah.

 

"KPJ memiliki kelebihan dari segi kapasiti, aset dan kemampuan untuk menarik lebih ramai pesakit ke hopital kami," katanya dalam sesi taklimat kepada media di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, hari ini.

 

Sherene berkata, pihak menyasarkan unjuran perkembagan hasil dan pasaran sebanyak 20% dalam tempoh tiga tahun akan datang.

 

KPJ
Sherene Azli

 

Beliau berkata, pihaknya akan meniliti pasaran mana yang berpotensi menyumbangkan hasil yang tinggi kepada kumpulan itu dan buat masa ini Indonesia merupakan pasaran yang berpotensi untuk mereka.

 

"Selain Indonesia, Asia Tenggara dan China merupakan sasaran kami," katanya.

 

 

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, Hospital Pakar KPJ Kuala Selangor dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya suku tahun pertama tahun hadapan.

 

Beliau berkata, pembinaan hospital dengan kapisiti 60 katil itu kini sudah 96% siap dan menjelang hujung suku pertama atau kedua tahun ini akan memulakan kerja-kira rekaan dalam serta proses melengkapkan kemudahan perubatan.

 

"Hujung tahun ini atau suku pertama 2025, hospital itu boleh digunakan dan sehingga kini tiada lagi sebarang hospital yang sedang dibina.

 

"KPJ akan memberi fokus kepada memaksimumkan penggunaan aset sedia ada serta menambah jumlah katil kepada hospital tertentu dan kami menjangkakan jumlah keseluruhan katil hospital kumpulan ini mencecah 4,101 menjelang hujun tahun ini," katanya. - DagangNews.com