Isu pekerja asing: Masalah 30 tahun tidak habis-habis, kata Nanyang Siang Pao | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Apa Kata Media Cina - 15 January 2024

ISU PEKERJA ASING: MASALAH 30 TAHUN TIDAK HABIS-HABIS

Nanyang Siang Pao 13 Januari 2024

 

 

 

KEBELAKANGAN ini, isu pekerja asing di negara kita kembali menjadi bualan hangat.

 

Ini termasuk kejadian seramai 171 pekerja asing warga Bangladesh di Pengerang, Johor, tidak mendapat penempatan pekerjaan daripada majikan walaupun sudah hampir setengah tahun berada di Malaysia.

 

Mereka memilih untuk berjalan beramai-ramai ke balai polis untuk melaporkan penipuan ejen pekerjaan, dan akhirnya ditahan oleh pihak polis.

 

hikayat

 

Siapa harus bertanggungjawab?

Sebilangan besar pekerja asing datang ke Malaysia melalui saluran yang betul.

 

Tetapi majikan pula tidak menyediakan pekerjaan yang mencukupi untuk mereka. Dalam hal ini, siapa yang harus bertanggungjawab?

 

Selepas kejadian ini tercetus, pelbagai kecaman yang diterima dan majikan menjadi sasaran kritikan orang ramai. Beberapa menteri mencadangkan agar majikan yang tidak bertanggungjawab ini harus didenda.

 

Kritikan meningkat, dan majikan menjadi sasaran kutukan orang ramai. Beberapa menteri mencadangkan denda RM30,000 dikenakan bagi setiap pekerja terhadap majikan yang gagal menyediakan pekerjaan.

 

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian berpendapat tidak adil meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada majikan.

 

Jika tidak menyemak dasar buruh asing sedia ada; perbuataan sewa ala ‘Alibaba’ yang berleluasa; penipuan dalam proses pengambilan; penguatkuasaan yang tidak mencukupi dan sebagainya, sudah tentu gagal untuk menyelesaikan masalah secara asasnya.

 

Kelonggaran dalam pengambilan pekerja asing

Penularan wabak dua tahun lalu, menyebabkan pasaran pekerjaan tempatan menyusut dengan ketara.

 

Dikatakan lebih 2 juta pekerja asing memilih untuk meninggalkan negara dan pulang ke tanah air, mengakibatkan kekurangan tenaga kerja yang serius apabila pasaran meningkat nanti.


 

iktisad

 


Namun pada penghujung tahun lalu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuasa, beliau telah mempercepatkan proses pemutihan dan pengambilan semula pekerja asing.

 

Pada masa itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) malah berjanji bahawa selagi dokuman lengkap, permohonan boleh diluluskan dalam tempoh 3 hari bekerja.

 

Bagaimanapun, bagi kontraktor pula terdapat syarat yang ketat untuk kelulusan ini, iaitu jumlah pemohonan tidak boleh kurang daripada 100 orang.

 

Jika tidak, mereka hanya boleh memohon melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), prosesnya lebih memenatkan dan mengambil masa.

 

Ramai kontraktor kecil dan sederhana yang hanya kekurangan tenaga kerja sekitar 10 hingga 50 orang, terpaksa memohon secara lebihan.

 

Manakala bagi kontraktor yang memerlukan 200 orang pula, ejen memberitahu bilangan yang diluluskan kebiasaannya akan dipotong separuh oleh pegawai kelulusan. Jadi sekiranya mereka memerlukan 200 orang, lebih baik memohon 400 orang. Ini berlaku berdasarkan pengalaman yang lepas. 

 

KSM pula kali ini sangat bermurah hati menerima hampir semua orang yang memohon dan meluluskan seberapa ramai yang mereka mahu. Dan memang benar, KSM menunaikan janji kelulusan dalam tempoh 3 hari.

 

Dilaporkan KSM telah meluluskan pengambilan 1.13 juta pekerja asing tahun lepas. Berita ini sangat mengembiraan ejen dan sektor perniagaan.

 

Persoalannya, bagaimana kita harus mencerna kuota berganda ini? Ejen pula dengan tenang berkata, ‘jangan risau, kita mempunyai cara untuk ‘menjual’ pekerja asing dan peniagaan tidak perlu keluar sesen pun!’


 

iktisad

 


Diatur bekerja di tempat lain

Maka apabila lebihan pekerja asing ini datang ke Malaysia, mereka akan diatur oleh ejen untuk bekerja di tempat lain.

 

Malaysia adalah syurga bagi kebanyakan warga Bangladesh yang miskin.

 

Pengantara tampatan yang bekerjasama dengan ejen Malaysia, meletakkan bayaran seorang pekerja Bangladesh perlu membayar kira-kira RM20,000 sebelum dipilih untuk memiliki visa.

 

Selepas ditolak semua perbelanjaan, jumlah keuntungan yang boleh diperolehi oleh mereka tidak kurang daripada RM10,000.

 

Berdasarkan jumlah 1.13 juta kelulusan dikeluarkan, siapa yang tidak mahu perniagaan yang menjanjikan keuntungan besar? 

 

Sesetengah ejen yang tidak bertanggungjawab langsung tidak peduli ke mana pekerja asing ini berakhir dan adakah mereka dibayar pendapatan?

 

Ejen sebegini hanya ambil tahu bila pekerja asing ini akan memperbaharui pas mereka. Ini kerana setiap tahun, ejen ini boleh mendapat RM2,000 hingga RM3,000 untuk setiap seorang yang membuat pembaharuan.

 

Pekerja asing tanpa izin terus meningkat

Malaysia berada dalam keadaan terdesak ini, bukan berlaku dalam sekelip mata.


 

hikayat

 


Sejak pengenalan pekerja asing secara besar-besaran semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir, negara terperangkap dalam kitaran yang sama.

 

Tenaga kerja tidak mencukupi – bawa masuk pekerja asing – limpahan pekerja asing dan pengharaman - tangkap dan usir – tenaga kerja berkurangan – pemutihan dan pengambilan baru – limpahan pekerja asing.

 

Sepanjang proses yang tertangguh lebih 30 tahun ini, bilangan pekerja asing tanpa izin yang menetap di Malaysia terus meningkat.

 

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah, ditambah pula dengan kos yang tinggi, menjadikan melarikan diri daripada majikan asal atau tinggal secara haram sebagai pilihan yang lebih menjimatkan kos.

 

Keadaan ini seolah-olah menggalakkan pekerja asing yang sah berhenti memperbaharui pas bekerja, atau tidak pulang ke negara masing-masing selepas habis kontrak kerja kerana mahu terus bekerja secara haram.

 

Pengambilan pekerja asing adalah untuk mereka melakukan sektor pekerjaan 3D 9kotor, bahaya dan sukar). Namun hari ini, mudah sahaja menemui pekerja asing di Petaling Street, pasar borong dan juga pusat membeli belah.

 

Pekerja asing yang sepatutnya bekerja di tapak pembinaan, kilang atau ladang kini bekerja sebagai promoter di kedai malah ada yang memiliki kedai sendiri.

 

Keadaan ini sudah lama berlaku, malah ada di antara mereka telah menetap tiga generasi di Malaysia. 

 

Serbuan membuahkan hasil

Beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa yang berkaitan telah melancarkan beberapa siri serbuan dan menangkap beribu-ribu pekerja asing tanpa izin. 

 

Walau bagaimanapun, berapa lama tindakan penguatkuasaan yang serupa boleh bertahan? Anggaran bilangan pekerja asing tanpa izin di negara ini sebanyak 4 juta.


 

wasiyyah

 


Berapa besar kem tahanan yang perlu dibina oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mengurung mereka? Walaupun mereka dihantar pulang secara terus, kosnya sangat besar. Siapa yang harus menanggungnya?

 

Masalah pekerja asing telah menjadi masalah kronik di Malaysia, dan kini ia memberi impak yang lebih besar kepada reputasi negara kerana label ‘kerja paksaan’ dan ‘pemerdagangan manusia’.

 

Walau bagaimanapun, ini adalah rantaian perindustrian besar yang melibatkan banyak kepentingan peribadi atas dan bawah.

 

Walaupun PM nekad menghapuskan penyakit, jika tidak mempunyai keazaman untuk, suara bising hanya akan kedengaran sekejap seketika dan kitaran akan berputar sekali lagi.- DagangNews.com

 

Artikel ini disiarkan di dalam akhbar Nanyang Siang Pao 13 Jan 2024, telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini.

 

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL APA KATA MEDIA CINA

 

 

parafrasa

 

Portfolio Tags