Ahmad Jauhari Yahya dilantik pengerusi Sapura Resources  | DagangNews Skip to main content

Ahmad Jauhari Yahya dilantik pengerusi Sapura Resources 

Ahmad Jauhari Yahya
Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 20 Julai - Ahmad Jauhari Yahya dilantik sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif Sapura Resources Bhd. berkuat kuasa hari ini, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysia Airlines itu sebelum ini dilantik sebagai pengarah bebas Sapura Resources sejak 2016.

 

Ahmad Jauhari mempunyai pengalaman kerja yang luas dan pelbagai bidang meliputi minyak dan gas, penerbitan media, penjanaan kuasa, utiliti gas, telekomunikasi dan teknologi maklumat.

 

Sementara itu, dalam makluman berasingan, ia mengumumkan Tan Sri Amar Dr. Hamid Bugo yang merupakan pengerusi Sapura Resources dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

 

Ia turut mengumumkan persaraan pengarah bukan bebas Sapura Resources, Datuk Muthanna Abdullah.

 

Sapura Resources, kini tertumpu kepada 2 perniagaan teras iaitu penerbangan dan hartanah, menyaksikan harga sahamnya kekal tidak berubah pada 25 sen ketika penutupan petang ini. - DagangNews.com