Terkini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Jawatankuasa Biobahan Api ditubuh selaras dan percepat agenda keselamatan tenaga negara

KUALA LUMPUR 28 April - Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Biobahan Api bagi memastikan pelaksanaan agenda keselamatan tenaga negara diselaras dan dipercepatkan.

 

Alpha IVF catat untung bersih RM12.2 juta bagi 3QFY26 dipacu peningkatan pesakit rawatan kesuburan

KUALA LUMPUR 28 AprilAlpha IVF Group Berhad mencatatkan peningkatan untung bersih kira-kira 0.58% kepada sebanyak RM12.16 juta bagi tempoh suku ketiga berakhir 28 Februari 2026 (3QFY26).

Pendapatan Eco-Shop cecah RM2.1 bilion pada 9M FY2026 disokong penambahan rangkaian kedai baharu

KUALA LUMPUR 28 April – Eco-Shop Marketing Berhad merekodkan pendapatan sebanyak RM2.1 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 28 Februari 2026 disokong oleh pengembangan rangkaian kedai baharu yang meningkatkan jumlah transaksi pelanggan.

 

Avaland beli 3 lot tanah RM86 juta di Taman U-Thant bangunkan projek mewah GDV RM700 juta

KUALA LUMPUR 28 AprilAvaland Berhad mengambil alih tiga lot tanah berstatus pegangan bebas di Taman U-Thant di ibu negara, dengan pertimbangan tunai yang mencecah jumlah RM86.04 juta.

Jumlah bilionair di Malaysia dijangka meningkat 39% menjelang 2031 – Knight Frank

KUALA LUMPUR 28 April – Bilangan bilionair di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 39% menjelang tahun 2031, menurut laporan The Wealth Report 2026 oleh Knight Frank yang menilai trend kekayaan global serta perkembangan pasaran hartanah utama dunia.

 

BNM perkenalkan dana khas RM5 bilion sokong perniagaan PKS terjejas disebabkan konflik Timur Tengah

KUALA LUMPUR 28 AprilBank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan kemudahan pembiayaan khas bernilai RM5 bilion bagi memastikan kelangsungan operasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

OpenMove AI tembusi pasaran Thailand melalui perjanjian pampasan strategik dengan Thai Paiboon Insurance

KUALA LUMPUR 28 April – OpenMove AI Berhad dan Thai Paiboon Insurance Public Company Limited (TPB) memeterai perjanjian langganan perkhidmatan pampasan strategik sebagai langkah penting dalam memperluaskan operasi syarikat teknologi Malaysia itu ke pasaran Thailand. 

SD Guthrie, MBI Selangor bekerjasama bangunkan sehingga 2,000 hektar Pulau Carey, termasuk pelabuhan ketiga

KUALA LUMPUR 28 April SD Guthrie Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) bagi meneroka pembangunan bersepadu di Pulau Carey melibatkan kawasan minimum 2,500 ekar (1,011 hektar).

Untung YTL Power dijangka naik kepada RM327 juta bagi FY28 susulan peningkatan kapasiti pusat data — Kenanga

KUALA LUMPUR 28 April — Perancangan agresif YTL Power International Berhad meningkatkan kapasiti pusat data (DC) kepada 1,000 megawatt (MW) menjelang 2028 dilihat sebagai pemangkin utama hasil.

Untung bersih Hap Seng Consolidated susut 23.1% kepada RM500.3 juta bagi FY25 akibat jualan hartanah rendah

KUALA LUMPUR 28 AprilHap Seng Consolidated Berhad (HSCB) mencatatkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 23.1% kepada RM500.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY25).

Steel Hawk lantik bekas CEO PETRONAS Chemicals Fertiliser Kedah, Ts Noor Arifin anggotai Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR 28 April – Steel Hawk Berhad mengumumkan pelantikan Ts. Noor Arifin Othman sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang bertujuan memperkukuhkan lagi kepakaran lembaga pengarah dalam menyokong pertumbuhan jangka panjang kumpulan.

 

RM12.21 juta wang dibeku SPRM, Cropmate lantik peguam Hisyam Teh kemuka representasi

KUALA LUMPUR 28 April – Cropmate Bhd mengesahkan kira-kira RM12.21 juta dalam akaun banknya termasuk anak syarikat utama telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan yang sedang dijalankan.

 

Jasa Kita teroka sektor utiliti beli firma kejuruteraan elektrik KT System bernilai RM10 juta

KUALA LUMPUR 28 AprilJasa Kita Berhad mengumumkan langkah strategik mengambil alih sepenuhnya firma kejuruteraan elektrik, KT System Sdn Bhd pada pertimbangan tunai yang berjumlah RM10 juta.

Subscribe to Terkini