Majlis Media Malaysia adalah bebas, urus isu industri tanpa campur tangan kerajaan - Fahmi
PUTRAJAYA 15 Julai (Bernama) - Pembentukan Majlis Media Malaysia (MMM) membolehkan isu berkaitan industri media diurus secara lebih terangkum, mampan dan bebas tanpa campur tangan pihak kerajaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.





