Malaysia perlu tingkatkan kualiti, skala syarikat bermodal besar — Suruhanjaya Sekuriti
KUALA LUMPUR 22 April - Malaysia perlu mengambil langkah segera untuk meningkatkan kualiti dan skala syarikat bermodal besar serta memperluas penyertaan ke sektor pertumbuhan tinggi, ketika saham tempatan semakin hilang kepentingan dalam portfolio pelabur global.






