RM4 bilion bantuan tunai Rahmah disalur melalui Bayaran Fasa 1 dan 2 — Kementerian Kewangan
KUALA LUMPUR 24 Julai – Data terkini menunjukkan lebih 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah berdaftar, dengan sejumlah RM4 bilion bantuan tunai telah disalurkan melalui bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 inisiatif tersebut, menurut Kementerian Kewangan (MOF).






