Anak syarikat UOA Development dikenakan cukai tambahan RM165.7 juta oleh LHDN
KUALA LUMPUR 11 Okt - Anak syarikat milik penuh UOA Development Bhd, Distinctive Acres Sdn Bhd (DASB), telah dikenakan notis taksiran tambahan dan penalti berjumlah RM165.66 juta bagi tahun taksiran 2020 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).






