MTT Shipping raih RM652.5 juta menerusi IPO di Papan Utama Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR 21 April – Penampilan sulung MTT Shipping and Logistics Berhad (MTTSL) di Papan Utama Bursa Malaysia agak baik apabila sahamnya didagangkan pada RM1.08, lebih tinggi berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.03 yang ditetapkan.






